Thursday, 31 May 2007

LINA JOY MULA BERSUARA TAPI TAK BERANI TUNJUK MUKA


Lina Joy mula bersuara menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan mahkamah semalam. Tetapi wanita ini tidak berani menunjukkan mukanya.

Lina KoJoy mendakwa mahkamah tertinggi di Malaysia telah menafikan hak asasinya apabila menolak permohonannya untuk mendapatkan pengiktirafan undang-undang sebagai seorang penganut agama Kristian.

Ulasan Lina Joy itu disiarkan dalam akhbar the Star hari ini, selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk mendapat pengiktirafan tersebut semalam. Kenyataannya ini dibuat melalui peguamnya. Nampak sangat Minah Murtad ini pengecut.

Lina, 43, memohon supaya dibuang perkataan ‘Islam’ pada kad pengenalannya.

Mahkamah Persekutuan telah menolak kesnya dan berkata, hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa undang-undang untuk mengesahkan dia telah bertukar agama.

Bercakap melalui peguamnya, laporan tersebut memetik Lina sebagai berkata, dia kecewa kerana Mahkamah Persekutuan tidak dapat mempertahankan hak asasi yang penting bagi semua orang.

Hak kebebasan asasi zana

Lina merujuk kepada hak seseorang untuk mengamalkan agama pilihannya dan hak seseorang untuk mengahwini orang pilihannya.

Dia tidak boleh mengahwini pasangannya yang beragama Kristian mengikut perundangan kerana undang-undang Malaysia mensyaratkan bukan Islam perlu memeluk Islam terlebih dahulu untuk mengahwini pasangannya yang beragama Islam.

“Mahkamah Persekutuan bukan sahaja menafikan saya hak itu, tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia yang menghargai hak kebebasan asasi,” kata Lina dalam laporan tersebut.

Lina berharap, kesnya itu akan membawa perubahan dalam perkembangan isu-isu mengenai perlembagaan yang turut dihadapi oleh ramai lagi.

Peguamnya, Benjamin Dawson, tidak dapat memberi ulasan spontan ketika dihubungi AFP hari ini.

Penuh kekecewaan

Akhbar the New Straits Times pula memetik Lina sebagai berkata, dia menerima keputusan mahkamah tersebut dengan “dukacita yang amat sangat”.

Badan-badan Islam mengalu-alukan keputusan Mahkamah Persekutuan itu manakala aktivis hak asasi manusia pula berkata, mahkamah berkenaan telah gagal menangani kebimbangan berhubung kebebasan beragama di negara ini.

Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok menggesa supaya dibuat pindaan perlembagaan yang menjelaskan keunggulan mahkamah sivil mengatasi mahkamah syariah dalam semua hal.

Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Lebih 60 penduduknya seramai 27 juta adalah orang Melayu yang beragama Islam.

Walaupun perlembagaan mendefinasikan rakyat majoriti Melayu sebagai beragama Islam, tetapi ia juga menjamin kebebasan beragama. Sebahagian rakyat keturunan Cina dan India di negara ini beragama Buddha, Hindu dan Kristian.

ITULAH HUJAH YANG SERING DIGUNAKAN OLEH PUAK LAKNATULLAH INI YANG SERING BERSELINDUNG DISEBALIK KEBEBASAN BERAGAMA DAN HAK ASASI MANUSIA.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

saya kurang faham ? Saudari tersebut sudah menyatakan hasrat untuk meninggalkan islam.. apa guna dia hidup dgn nama islam semata- mata sahaja ?

Seorang manusia menjadi Islam hanya apabila mereka melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang mukmin ! Apa yang saya ingin katakan ialah , perkara perkara yg dinyatakan oleh allah iaitu garis panduan yg diturunkan untuk membimbing manusia ke jalan yg benar perlu diikuti. Ini ialah dikatakan Islam.

Apabila saudari tersebut menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Islam , apa yg boleh dilakukan ialah mendampingi mereka secara tenang , membantunya memahami Islam yg agung dan sekiranya saudari tersebut berminat menemui agama yg sebenar insha allah dia akan kembali ke jalan yg benar. Hal ini kerana Islam agama benar dan ALLah maha esa!

Pada fahaman saya , mereka yg meninggalkan Islam kurang memahami inti pati Islam .sikap segelintar mukmin yg bersifat extreme adalah antara punya punya yg lain! Pada pendapat saya juga , terdapat ramai penganut Islam hanya hidup pada nama sahaja dan golongan ini perlu dibantu.

Masalah yg dihadapi skrg ialah golongan golongan ini tidak berani munculkan diri kerana sikap kebanyakan mukmin sendiri tidak membantu.

Saya pernah berada dalam situasi mempersoalkan kewujudan tuhan and kesahihan Islam , namun dgn bantuan ramai sahabat handai saya menemui jalan yg benar.

Apa yg saya ingin katakan ialah benarkan mereka meninggalkan islam , biarkan mereka munculkan diri kemudian mendekatkan diri kamu - membantu mereka secara aman.

Haih - my bahasa arent that good and neither my english . I would like to take this oppurtunity to request u muslimins to stop for awhile and think what the prophet mohammad will do if a situation took place!

humiliating ppl arent making any difference ! LIVE AS A MUSLIM and pls dont use Islam for politics !


fakrus yunus
email fakrus_yunus@gmail.com

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59