Monday, 21 May 2007

LAGI KES DOKTOR CUAI, BAYI DIKATAKAN MATI SEBENARNYA MASIH HIDUP



Seorang bapa Azmi Masiron, 26 kesal dengan tindakan Doktor di Hospital Jitra yang mengatakan anaknya meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan sedangkan hakikatnya bayi tersebut masih hidup.

Beliau juga hairan kenapa pihak hospital tidak mengeluarkan sijil kematian jika benar bayinya itu sudah meninggal dunia. Dia juga mendakwa doktor yang menyambut kelahiran bayinya tidak membuat pemeriksaan sebelum mengesahkan kematiannya.

“Berikutan itu, saya bercadang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk melaporkan kecuaian hospital terhadap anak dan isteri saya,” katanya.

Bayi Azmi didapati masih hidup ketika 'jenazah' anaknya hendak dikafankan, tiba-tiba dia mendapati bayi itu bergerak lalu memaklumkannya kepada bapa mentuanya kerana yakin anak keduanya itu masih hidup.

Azmi juga menceritakan bahawa pihak Hospital Jitra memang cuai dan tidak professional sehingga isterinya terpaksa menunggu seorang diri di ruang menunggu Unit Kecemasan HJ lebih tiga jam sambil menahan kesakitan dan disuruh bersabar dengan alasan masih ramai pesakit perlu dirawat.

“Isteri saya menunggu sejak jam 7.50 pagi di situ dan hanya dibenarkan masuk ke bilik bersalin kira-kira jam 11 pagi.

“Beberapa minit kemudian, doktor memanggil saya dan memberitahu bayi kami sudah meninggal dunia lalu meminta urusan pengebumiannya dilakukan,” katanya dengan kesal.

Kes ini sangat menyayat hati sehingga hampir mengorbankan nyawa yang masih hidup. Doktor, pentadbir Hospital Jitra, Pengarah Kesihatan Kedah, Ketua Pengarah Kesihatan dan Menteri Kesihatan mesti bertanggungjawab. Mereka semua mesti menjawab dan melaporkan kes ini dengan jujur dan bertanggungjawab. Menteri sendiri mesti bersedia untuk meletakkan jawatan kerana perkara ini perkara yang serius dan memalukan.

Dipetik dari Harian MeTROK

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59