Friday, 18 May 2007

KUARTERS PENDIDIKAN PADANG TEMU KOTOR


Padang Temu : Kuarters Pendidikan yang menempatkan Guru dan Staff Kementerian Pendidikan di sini di dapati kotor dan tidak diselenggarakan dengan baik. Tinjauan Blog ini di kawasan perumahan tersebut mendapati tangga kuarters tersebut kotor dengan sampah sarap di bawah tangga dan di atas tangga.

Malah tangga dan lantai di kawasan koridor kuarters ini juga berdaki seolah-olah tidak pernah dibersihkan. Ianya amat memalukan pelawat yang datang melawat kawan-kawan mereka yang tinggal di kawasan ini.

Selain itu semasa musim hujan koridor selalu basah kerana air hujan bertakung menyebab ia menjadi licin dan merbahaya kepada penghuni kuarters ini terutama kanak-kanak.

Seorang penghuni kuarters ini yang hanya mahu dikenali sebagai Mazni Usman, 30 memberitahu bahawa tangga dan kawasan koridor kuarters ini tidak pernah disapu atau di'mob'. Ini disebabkan pihak berwajib yang bertanggungjawab menyelenggarakan kuarters ini bersikap lepas tangan bila diajukan bantahan kepada mereka.

"Kami pun jijik melihat kekotoran tangga dan koridor yang setiap hari kami lalui, tapi apakan daya kami pun tak larat nak menyucinya" kata Mazni yang mendakwa telah tinggal di kuarters itu sejak 3 tahun lalu.

Mazni juga menyeru pihak-pihak tertentu agar menyelesaikan masalah ini secepat mungkin kerana ianya jelas memalukan penduduk di sini lebih-lebih status mereka sebagai guru sudah tentu tercalar dengan keadaan kuarters yang kotor ini.

"Kami semua majoritinya guru, tiap-tiap hari kami suruh murid-murid supaya membersihkan diri, kelas dan lain-lain tetapi rumah kami sendiri kotor" tambah Mazni yang jelas kesal dengan pihak-pihak berwajib yang sepatutnya prihatin tentang masalah ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59