Thursday, 24 May 2007

KOMPLEKS MAHKAMAH BOCOR : SAMY VELLU MESTI LETAK JAWATAN



BUKIT KATIL : Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Ustaz Abu Bakar Ramli menggesa Menteri Kerja Raya, Samy Vellu meletakkan jawatan di atas kegagalan kementeriannya memastikan Kompleks itu di bina mengikut spesifikasinya.

Kegagalan ini terbukti berikutan pelbagai masalah yang menimpa kompleks yang menelan jutaan ringgit itu.

"Duit rakyat dibazirkan kerana kecuaian kerajaan dan Agensi Kerajaan Islam Hadhari. Sebenarnya memang kerajaan Islam HAdhari ini tidak pandai menguruskan pentadbiran sebab pelbagai masalah berlaku kebelakangan ini" jelas Ustaz Bakar.

Semalam satu lagi kelemahan dan kecuaian Samy Vellu dan pegawai-pegawainya terbukti apabila paip bocor dari siling kompleks mahkamah baru bernilai ratusan juta ringgit di Jalan Duta itu.

Sekali terlintas di fikiran, adakah kerana bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan itu tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan?

Atau, adakah kerana hasil kerjanya tidak berkualiti, ataupun mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan cara pengawasan oleh pihak-pihak berkuasa?

Jika hendak difikirkan persoalan ini, mungkin terlalu banyak yang mahu dicatatkan, tapi semua pihak harus membuka mata kerana wang yang digunakan untuk pembinaan kompleks itu dan bangunan kerajaan lain adalah hasil wang cukai rakyat.

Yang pasti, kejadian demi kejadian – bocor, runtuh, retak ini – sungguh memalukan negara.

Lebih mengaibkan, kejadian-kejadian itu juga telah mengakibatkan berlaku tuding-menuding dan tuduh-menuduh ‘siapa salah’ antara kementerian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, salah satu penyambung T paip di bilik servis kafeteria mahkamah itu dilaporkan pecah lalu menyebabkan sebahagian besar lantai bahagian itu dibanjiri air yang melimpah keluar dari bilik tersebut.

Berikutannya, pihak mahkamah yang baru beroperasi kurang sebulan itu terpaksa mengerahkan pekerjanya untuk membersihkan lantai yang digenangi air.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Dr. Ir. Judin Abdul Karim, pihaknya mengejarkan pegawai ke tempat kejadian sejurus selepas menerima laporan kebocoran pada pukul 9.30 pagi dan berjaya mengawal keadaan 10 minit kemudian.

‘‘Kami berjaya mengawal keadaan pada pukul 9.40 pagi, kafeteria bagaimanapun hanya dapat beroperasi secara biasa pada pukul 12 tengah hari,’’ katanya kepada pemberita selepas meninjau kesan kebocoran di Kuala Lumpur semalam.

Jelas Judin, paip yang dilaporkan bocor itu disambungkan dengan sebuah tangki berkapasiti menyimpan 18,018 liter air yang terletak di aras sembilan bangunan tersebut.

‘‘Tangki itu digunakan untuk menyalurkan bekalan air menggunakan cara graviti kepada kafeteria mahkamah,’’ ujarnya.

Tambahnya, insiden kebocoran tersebut juga akan dilaporkan kepada badan berkenaan termasuk Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) untuk tindakan lanjut.

Ini merupakan kejadian kerosakan kedua di Kompleks Mahkamah Jalan Duta yang beroperasi awal bulan ini .

Pada bulan lepas, dua siling mahkamah berukuran 1.48 meter persegi runtuh di sebuah bilik Mahkamah Sivil di kompleks itu.

Kejadian kebocoran paip pagi ini pula merupakan kejadian ketiga yang dilaporkan melibatkan premis-premis kerajaan dalam tempoh dua bulan.

Kejadian serupa pernah dilaporkan di Ibu Pejabat Imigresen dan Dewan Serbaguna Kementerian Pembangunan dan Koperasi, masing-masing pada 11 April dan 28 April di Putrajaya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

read a blogger's first hand account of that bocor incident (with pics): almostanonymous.blogspot.com

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59