Thursday, 10 May 2007

KOMPLEKS MAHKAMAH BARU JALAN DUTA MESTI DITUTUP UNTUK DIPERIKSA. PEGAWAI TERBABIT MESTI DISIASAT - USTAZ BAKAR



Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) menggesa kerajaan menutup buat sementara Komplek Mahkamah baru di Jalan Duta bagi menjamin ianya selamat digunakan sebelum sesuatu kejadian tidak diingini berlaku yang akan menjejaskan nama negara.

Timbalan Ketua DPPBK, Ustaz Abu Bakar Ramle dalam kenyataannya pagi ini menegaskan beberapa insiden yang membabitkan aspek keselamatan membuktikan bahawa kompleks itu tidak dibina mengikut spesifikasi yang betul dan mungkin juga ia diluluskan secara tergesa-gesa dan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Kejadian siling runtuh, pendingin hawa tidak berfungsi dan bekalan elektrik yang sering terputus menjadi dalil bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kompleks yang baru siap tersebut" kata Ustaz Bakar yang juga merupakan AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

"Kita mahu sesiapa yang terbabit dengan pemberian tender, meluluskan projek, memeriksa bangunan dan sebagainya disiasat kerana kita bimbang ada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan berlaku yang mengakibatkan kejadian aib ini terjadi semalam dan hari sebelumnya" tambah Ustaz Bakar.

Ustaz Bakar juga berkata bahawa amat malang sekali apabila duit rakyat yang bernilai ratusan juta digunakan untuk membina kompleks ini akhirnya tidak dimanfaatkan dengan baik kerana adanya tangan-tangan yang mungkin tidak bertanggungjawab melaksanakan kerja dengan amanah dan jujur.

Kompleks mahkamah berharga RM270 juta itu, yang menempatkan 77 bilik mahkamah yang terdiri daripada 26 Mahkamah Majistret, 21 Mahkamah Sesyen dan 30 Mahkamah Tinggi, beroperasi sepenuhnya dari Selasa.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59