Saturday, 12 May 2007

KISAH POLIS DI ZAMAN ISLAM HADHARI


Apa nak jadi dengan Polis di zaman Islam Hadhari, mereka sendiri yang langgar undang-undang. Malah lebih teruk lagi yang terima rasuah Polis, yang beri rasuah pun Polis juga.

Ceritanya begini (laporan Harian MeTEROK)

Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,000, berhubung tindakannya menyelamatkan seorang lagi anggota polis daripada siasatan kes dadah.

Koperal Abdul Rahim Kiram didakwa menerima wang berkenaan daripada Lans Koperal Hashim Harun sebagai suapan untuk menutup satu fail siasatan berkaitan kes itu.

Abdul Rahim yang berkhidmat di bahagian risik Jabatan Narkotik Bukit Aman pada masa itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah restoran di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur pada 5 April 2005.

Menurut fakta pendakwaan, Abdul Rahim memperoleh untuk dirinya jumlah suapan tersebut sebagai dorongan kepadanya untuk menyelesaikan kes-kes melibatkan Hashim dengan menutup satu "fail merah" yang dikatakan telah dibuka terhadap Hashim.

Abdul Rahim yang didakwa mengikut Seksyen 11(A) Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama. Jika sabit, tertuduh boleh dihukum penjara selama 20 tahun, denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Wirna Ariffin mencadangkan jaminan terhadap Abdul Rahim ditetapkan pada RM10,000 dengan dua orang penjamin.

Abdul Rahim, melalui peguamnya J. Kuldeep Kumar, bagaimanapun meminta supaya jaminan dikurangkan kepada RM3,000 memandangkan tertuduh perlu menyara dua orang anak yang masih belajar di peringkat sekolah dan universiti.

Kata peguam lagi, tertuduh telah berkhidmat dalam PDRM selama 27 tahun dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah mengambil masa lebih daripada dua tahun untuk mendakwanya sejak ditangkap.

Kuldeep menambah, tertuduh sememangnya berniat untuk membaiki dirinya dan tempoh yang lama untuk mendakwanya itu memberikan tekanan terhadap tertuduh yang telah digantung perkhidmatan.

Tertuduh juga telah memberi kerjasama penuh semasa siasatan, tambah peguam itu lagi.

Dalam hujahan balas, Wirna berkata dalam tempoh berkenaan tertuduh tidak melanjutkan jaminan mulutnya selama dua bulan.

"Dalam tempoh itu, tertuduh tidak dapat dikesan oleh pegawai penyiasat kami, " katanya.

Hakim Zamri Ibrahim menetapkan jaminan ke atas tertuduh sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 22 hingga 23 Oktober.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59