Friday, 18 May 2007

KERACUNAN MAKANAN JADI 'WABAK' BARU


BUKIT KATIL : Nampaknya masalah keracunan makanan menjadi wabak baru dalam negara apabila murid dari beberapa buah sekolah di beberapa negeri mengalami keracunan makanan.

Antara kejadian keracunan makanan yang berlaku semalam adalah seperti berikut :-

60 murid Sekolah Rendah Kebangsaan Pajar, Sejingkat, Kuching, mengalami muntah, sakit perut dan pening kepala disyaki akibat keracunan selepas meminum susu bantuan.

37 murid Sekolah Kebangsaan Berapit, Tikam Batu, Sg Petani, dimasukkan ke wad pemerhatian Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) setelah dipercayai mengalami keracunan makanan.

24 murid dari Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau (SKKT), Johor Baharu terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) kerana mengalami keracunan makanan selepas makan pada waktu rehat di kantin sekolah.

Kementerian Pelajaran mesti mengambil langkah drastik untuk mengatasi masalah ini kerana kejadian ini sudah menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid yang terlibat dengan masalah tersebut. Malah ia juga sudah tentu memberikan kesan kepada murid-murid lain yang sudah tentu takut untuk makan di kantin sekolah.

Mengulas perkara ini, Timbalan Ketua Lajnah Pembangunan Remaja, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Zafeer Mohd Nor berkata beliau hairan bagaimana perkara ini berlaku dengan berleluasa sedangkan pihak sekolah sudah tentu mempunyai jawatankuasa yang bertanggungjawab kepada Pemantauan Kantin dan Makanan yang berfungsi untuk memastikan kantin dan makanan yang dijual adalah bersih dan selamat.

"Kita percaya jika sekiranya jawatankuasa ini menjalankan kerja dengan baik dan bertanggungjawab sudah tentu kejadian malang seperti ini akan dapat dikurangkan atau langsung tidak berlaku" kata Zafeer ketika dihubungi pagi ini.

"Hishamuddin sebagai Menteri Pelajaran mesti bertanggungjawab dalam hal ini jangan sibuk dengan 'keris pendek'nya pergi ke sana ke mari berpolitik sehingga mengabaikan tugas dan amanahnya sebagai menteri. Kalau dah tak sanggup jadi menteri letak jawatan jangan makan gaji buta sahaja, bagi kepada orang lain"tambah Zafeer dengan sinis.

3 kejadian semalam sebenarnya bukan kali pertama dalam 2 atau 3 bulan kebelakangan ini. Sebelum ini sudah beberapa kes berlaku yang menunjukkan Kementeri Pelajaran gagal mengambil langkah berkesan untuk mengatasi masalah ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59