Monday, 28 May 2007

KEMALANGAN JALANRAYA 'PENYAKIT' NOMBOR SATU. APA KERAJAAN ISLAM HADHARI BUAT UNTUK ATASINYA?


Kerajaan Islam Hadhari terus gagal menangani masalah utama yang menyebabkan banyak nyawa rakyat Malaysia melayang disebabkan kemalangan jalanraya.

Perangkaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak tiga tahun lalu menunjukkan kemalangan jalan raya merupakan menyebab utama kematian di negara ini dengan purata 16 kematian setiap hari atau 500 setiap bulan.

Perangkaan itu berdasarkan jumlah kes kemalangan yang dilaporkan kepada polis di seluruh negara dari 2004 hingga 2006.

Dalam tempoh itu, sebanyak 18,698 pengguna jalan raya terbunuh akibat kemalangan dengan purata lebih 6,000 kematian setahun.

Pada 2004, sebanyak 324,814 kes kemalangan jalan raya dilaporkan kepada pihak polis dengan 6,223 kematian.

Pada 2005 pula, jumlah kemalangan ialah sebanyak 328,266 dengan 6,188 kematian dan pada tahun lalu, jumlah kemalangan ialah 341,232 kes dengan 6,287 kematian.

Sebanyak 65 peratus atau 3,500 mangsa yang terbunuh akibat kemalangan jalan raya adalah pengguna motosikal. Daripada jumlah itu, sebanyak 750 maut kerana tidak memakai topi keledar atau sekadar memakai untuk melengkapkan syarat supaya tidak disaman oleh polis atau JPJ.

Fakta di atas jelas amat menggerunkan kita sebagai rakyat negara ini yang setiap hari menggunakan jalanraya untuk menjalani kehidupan kita semua. Setelah 50 tahun memerintah kerajaan Islam Hadhari gagal mencari formula berkesan untuk mengatasi 'wabak' ini. Sebaliknya pemimpin kerajaan sibuk menghabiskan duit rakyat untuk program-program membazir ditambah pula dengan 'ketirisan' wang projek yang menyebabkan duit rakyat 'terkorban' pada setiap kali projek dilaksanakan.

Sepatutnya duit rakyat yang dibazirkan ini digunakan untuk memperbaiki jalanraya dan juga digunakan untuk kempen dan insentif untuk menyedarkan rakyat supaya lebih berhemah di jalanraya.

Tetapi malangnya kerajaan tidak memandang bahawa program mengurangkan kemalangan jalanraya sebagai penting kerana wang banyak dibazirkan kepada program-program lain seperti konsert hiburan, malam kebudayaan dan sebagainya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59