Thursday, 10 May 2007

KAMALA EXCO BARU SELANGOR. PARTHIBAN PUTIH MATA




Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Andalas, Kamala Ganapathy dilantik menjadi anggota exco Selangor menggantikan mendiang Datuk K. Sivalingam yang meninggal dunia 4 April lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri hari ini berkata Kamalam, wakil rakyat wanita berusia 57 tahun, memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perpaduan dan Pekerja Ladang yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Sivalingam.

Nampaknya angan-angan ADUN baru Ijok, Parthiban untuk menjadi exco hanya tinggal angan-angan kerana orang lain pula yang di pilih oleh Khir Toyo.

KESIAN PARTHIBAN.

UNTUK MAKLUMAN

Mungkin ramai yang tidak mengenali Kamala kecuali penduduk di Seri Andalas dan Kota Raja. Sekadar untuk makluman dalam Persidanagn Dewan Undangan Negeri Selangor yang baru lalu ADUN Sekinchan YB Ng Suee Lim dari DAP telah membangkitkan yang terdapat 10 dari 54 ADUN BN yang tidak langsung mengemukakan sebarang soalan kepada Dewan.

Bermakna sepanjang persidangan Dewan mereka sekadar hadir memanaskan kerusi, dan melayakkan diri untuk elaun mesyuarat. Bermakna juga samada rakyat yang mereka wakili tidak bermasalah langsung atau memang mereka jenis makan gaji buta dan tidak memperdulikan nasib rakyat yang mereka wakili itu.

Menurut Ng antara 10 nama itu termasuklah Kamala Ganapathy. Inilah EXCO baru yang Khir lantik, yang menurut THE STAR Khir berkata:
Kamala has the initiative to work and she goes to the ground to resolve issues brought up by the rakyat.

Kamala mempunyai inisiatif untuk bekerja dan dia pergi ke akar umbi untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan oleh rakyat.

Sumber : Roslan SMS

Entahlah!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59