Tuesday, 15 May 2007

JALAN BARU TURAP 2 BULAN SUDAH BERLUBANG DAN SENGET



Ahmad Rafa'i menunjukkan jalan yang senget sebelah.








Penduduk-penduduk di sekitar Jalan Ayer Molek ke Simpang Jenuang kesal dengan mutu jalan yang diturap 2 bulan lalu tetapi telah berlubang dan senget.

Beberapa pengguna jalan tersebut menyatakan bahawa jalan yang baru diturap sebelah berbahaya kepada penggunanya terutama penunggang motorsikal kerana mereka mungkin terlanggar jalan yang tinggi sebelah dan terjatuh.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil telah meninjau jalan tersebut Sabtu lalu. Hasil tinjauan tersebut kami mendapati bahawa sememangnya mutu jalan tersebut sangat rendah dan berlubang serta senget di banyak tempat.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPP Kawasan, Ahmad Rafa'i Hassan berkata beliau hairan bagaimana jalan ini boleh diluluskan oleh Jurutera Jabatan Kerja Raya sedangkan nampak jelas ianya tidak bermutu.

"Spesifikasi apakah yang mereka pakai sehingga jalan macam ini pun boleh lulus" tanya Rafa'i yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Cawangan Ayer Molek.

Sementara itu Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah menjalankan 2 program ziarah minggu lepas. Program yang diketuai oleh Ahmad Rafa'i telah mendapat sambutan yang baik dari pimpinan PAS Kawasan apabila mereka sama-sama menziarahi bekas AJK PAS Kawasan dan Setiausaha MTD Ayer Molek, Adnan Hassin yang mengidap pelbagai penyakit seperti hepatitis C dan lain-lain. Dalam lawatan itu DPP Kawasan dan MTD Ayer Molek menghulurkan sedikit derma kepada Adnan dengan disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Hj Bakrin Sidek.

Antara pemimpin yang turut sama menziarahi Adnan ialah TYDP Kawasan, Hj Salim Tahir; Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Khairul Che Salleh; Pengarah MTD Ayer Molek, Hj Yassim Musa; Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan Ustaz Khairi Abd Aziz; Ketua DPP Kawasan Sofi Wahab; Setiausaha DPP Kawasan, Jasry Jaafar; AJK DPP Kawasan, Safian Abu Bakar; dan beberapa orang AJK PAS Cawangan.

Ahmad Rafa'i juga sempat menziarahi jenazah salah seorang ahli PAS Cawangan Ayer Molek iaitu Allahyarham Zakaria Abdullah yang meninggal dunia Sabtu lalu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59