Wednesday, 9 May 2007

JALAN BARU DI TURAP 2 BULAN TETAPI SUDAH BERLUBANG


Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK), Ahmad Rafa'i Hassan melahirkan rasa kesal dengan mutu jalan yang berlubang-lubang walaupun baru di turap 2 bulan lalu.

Jalan berkenaan yang menghubungkan Masjid Ayer Molek dan Simpang Jenuang sepanjang lebih 1 km yang sepatutnya memberi keselesaan kepada pengguna, sebaliknya membahayakan pengguna lebih-lebih lagi kepada penunggang motorsikal.

"Kami penduduk di sekitar kawasan ini sangat kesal dengan mutu jalan ini dan memohon pihak berwajib seperti JKR membaikinya secepat mungkin sebelum ada yang cedera" kata beliau ketika menghubungi Blog ini petang ini.

Beliau juga mengakui bahawa aduan telah dibuat kepada JKR Melaka Tengah pagi tadi.

"Apa yang dikesalkan JKR seolah-olah ingin berlepas tangan dengan masalah yang kami hadapi sedangkan sepatutnya mereka lebih peka dan sensitif kepada masalah ini sebelum aduan di buat lagi" tambah Rafa'i.

"Takan mereka lalu-lalang tiap-tiap hari mereka tak nampak" ujar Rafa'i yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Cawangan Ayer Molek.




Ustaz Abu Bakar Ramle






Sementara itu Timbalan Ketua DPPBK, Ustaz Abu Bakar Ramle menggesa pihak berwajib menyiasat projek pembinaan jalan ini kerana kemungkinan berlakunya rasuah dan penyelewengan yang menyebabkan jalan ini dibina tidak mengikut spesifikasi yang akhirnya ia rosak hanya selepas 2 bulan dibina.

Insya Allah kami akan cuba mendapatkan gambar jalan ini dalam masa terdekat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59