Friday, 11 May 2007

JAKIM MESTI SIASAT LAPORAN MEDIA TENTANG PENGGIAT SENI TOLAK AGAMA


Jabatan Kemajuan Islam (Islam Hadhari)Malaysia (JAKIM) di gesa menyiasat laporan Harian Metro hari yang menceritakan bahawa segelintir penggiat seni visual, teater dan pemuisi bangsa Melayu sanggup menjual maruah agama dan diri apabila secara terang-terangan mengaku tidak percayakan kewujudan Tuhan dan tidak menganut sebarang agama atau berfahaman ‘freethinker’ dengan pelbagai aliran seperti atheis, agnostik dan rasionalis.

Laporan itu juga menyebut bahawa golongan itu yang menggelarkan diri sebagai Melayu aliran baru mendakwa bebas menentukan jalan hidup masing-masing dan menjadikan fahaman berkenaan seperti satu ‘trend’ hebat di mata kelompok mereka.

Kebanyakan mereka berlagak seperti golongan intelek dengan mengusung buku tulisan beberapa tokoh falsafah barat seperti Friedrich Nietzsche, Søren Kierkegaard, Lord Byron dan Karl Marx yang terkenal dengan ideologi antiketuhanan dan komunisme sebagai ‘kitab’ ajaran mereka selain buku penulis berhaluan kiri dari Indonesia.

Dipercayai, golongan terbabit mendapat bantuan kewangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar negara yang sentiasa memberi galakan terutama untuk menghasilkan karya bertentangan dengan Islam dan budaya timur yang disalurkan melalui segelintir aktivis sosial negara ini.

Malah, mereka juga berani mengambil tindakan yang boleh menimbulkan kemarahan dan bersifat provokatif di kalangan masyarakat Islam negara ini. Ini termasuk menghasilkan karya seni dan penulisan artikel serta puisi di laman blog yang bertentangan dengan adat ketimuran, kononnya bagi memperjuangkan hak individu.

Selain itu, golongan freethinker terbabit sanggup melukis tatu pada anggota badan, minum arak dan mengamalkan seks bebas serta perkara lain yang bertentangan dengan Islam.

Perkara seumpama tidak boleh dibiarkan kerana ia sudah pasti akan menjadi 'wabak' yang menyebabkan semakin ramai orang Islam akan terpengaruh dengan mereka lebih-lebih lagi golongan muda sekarang yang semakin menjauhkan diri dari amalam agama.

Ketua Lajnah Sukan, Seni dan Budaya Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Puad Abdul berkata, puak-puak yang terlibat dengan amalan freethinker mesti dinasihat dan dikaunselingkan demi untuk menyelamatkan mereka.

"Golongan sangat merbahaya kerana ia menjadi anai-anai yang akan meruntuhkan aqidah umat Islam melalui amalan, tulisan dan tingkah laku mereka, kita juga menggesa agar mereka ini dihadapkan ke Mahkamah Syariah berdasar petuntukan undang-undang yang ada" ujar Puad yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda Cawangan Taman Merdeka.

"Jika peruntukan undang-undang untuk menghalang mereka tiada, maka pihak berwajib mesti menggubal undang-undang murtad sebagaimana yang telah lama disarankan oleh pimpinan PAS" tambah Puad lagi.

Beberapa bulan lepas kita digemparkan dengan dakwaan Mufti Perak bahawa terdapat 200,000 orang Islam yang telah murtad dan dakwaan itu ada benarnya berdasarkan laporan ini yang mengesahkan bahawa golongan freethinker ini di biayai oleh NGO tertentu bagi menjalankan kerja-kerja 'dakwah' mereka bagi mempengaruhi umat Islam supaya tidak mempercayai tuhan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59