Friday, 11 May 2007

ISU PAIP MINYAK : PANDANGAN TOK GURU JAUH KE DEPAN BERBANDING IMAM AL HADHARI



Berkatalah Tok Guru di petik dari Harakahdaily bahawa :-

“Sekiranya Tumpat dipilih sebagai tapak loji simpanan minyak, ini secara tidak langsung turut memberi peluang ekonomi bukan sahaja kepada penduduk di negeri ini bahkan jiran di selatan Thailand.

“Jiran-jiran di Thailand pun boleh menerima tempias pembangunan daripada projek tersebut. Mereka boleh tumpang menjalankan perniagaan di kawasan berdekatan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada pelajar-pelajar cemerlang di Putik, petang ini.

"Lagi pun Tumpat belum lagi ada pembangunan besar sedangkan Pasir Puteh sudah ada Tok Bali dan Keloil di Pantai Senok, Bachok."

“Ketiganya dari mata kasar, jarak dari Yan Kedah mana lebih dekat ke Tumpat berbanding Bachok. Bagi saya lebih dekat Tumpat. Pihak yang hendak laksanakan itu adalah swasta.. tak kan pula mereka hendak guna duit yang begitu banyak. Tentunya mereka hendak duit sikit tetapi untung lebih banyak.

“Kalau ditengok dari Yan ke Jeli dan terus ke Tumpat lebih dekat lagi berbanding paip itu dipasang ke Bachok,”

Merujuk kepada pandangan dan cadangan Tok Guru kita lihat ianya jauh lebih kehadapan dan mengambilm kira pelbagai aspek berbanding dengan pandangan Imam Besar Al Hadhari dan Imam Al Hadhari Kelantan, Anuang MusaNG. Sebab itulah Kelantan sentiasa mendahului kerajaan Pusat seperti dalam isu kerja 5 hari seminggu, cuti bersalin 60 hari dan lain-lain.


Baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kerajaan bersetuju membina saluran paip sepanjang 320 kilometer merentasi Semenanjung bagi memendekkan masa penghantaran minyak dari Asia Barat ke negara-negara Asia Timur. Saluran itu akan dibina dari Yan ke Bachok.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

Apabila ada rancangan projek pembangunan atau apa apa sahaja projek yang memberi pulangan jutaan dan billion di Malaysia, tidak dapat tidak, politik mesti masuk campur secara langsung.

Itu memang ciri ciri Malaysia yang diketahui umum. Oleh itu, jangan menongkah arus, ikut sahaja alirannya, dan pada masa yang sama bermainlah juga dengan arus itu.

Apa yg Tok Guru kata itu benar.
Mudah sahaja untuk menjadikannya kenyataan.

Menangkan saja BN di Parlimen Tumpat.

Tak payah pening pening.
Tak payah bahas panjang cerita.
Tak payah anjur ceramah penerangan berjela jela.

Lepas projek selesai,
lepas projek jadi kenyataan
pastuh pandai pandai lah.

Kalau nak berjaya main politik
jangan jadi bendul.

Itu sahaja.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59