Monday, 14 May 2007

ISLAM HADHARI TIDAK PERCAYA MUFTINYA SENDIRI : SENATOR CADANG MUFTI DI PANTAU


KUALA LUMPUR: Tidak lama lagi mufti-mufti pun kena ambil tauliah untuk berceramah dengan pemimpin Islam Hadhari sebab ditakuti akan berceramah sesuka hati.

Apa nak jadi dengan Islam Hadhari ini mufti yang mereka lantik sendiri pun mereka tidak percaya.

Agaknya mereka hanya percaya Imam Al Hadhari Wal Hadhari sahaja. Mereka juga sudah tentu percaya kepada mufti dan ustaz-ustaz yang mengharuskan semua perkara haram dan menghalalkan yang haram.

Media melaporkan bahawa seorang senator hari ini meminta agar Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) diberi lebih kuasa untuk memantau serta mengambil tindakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh mufti negeri-negeri bagi mengelak kekeliruan dan percanggahan.

Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata ini perlu kerana sejak kebelakangan ini banyak kenyataan dikeluarkan oleh mufti negeri-negeri mengenai hukum Islam sehingga menimbulkan kekeliruan serta perbezaan pendapat dalam kalangan umat Islam di negara ini.

"Sebagai contoh, baru-baru ini Mufti Perak telah mengeluarkan kenyataan bahawa haram hukumnya bagi umat Islam menghadiri karnival Jom Heboh yang ketika itu sedang berlangsung di Ipoh," katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Kesebelas, pada persidangan Dewan Negara di sini.

Cadangan Syed Ali disokong Senator Mohd Puad Zarkashi yang menyatakan bahawa mufti tidak harus sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan mengenai hukum Islam tanpa merujuk kepada Jakim atau Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu.

"Dulu ada seorang mufti yang mengeluarkan kenyataan bahawa menyambut Maulidur Rasul itu merupakan satu perbuatan bidaah dan ini mengelirukan umat Islam terutama di Johor yang menyambutnya berbulan-bulan lamanya bagi menghayati perjuangan Nabi Muhammad," katanya.

Senator Datuk Abdul Rashid Ngah, yang turut bersetuju dengan cadangan Syed Ali, berkata Majlis Fatwa Kebangsaan harus memandang berat terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh para mufti kerana ada kalanya kenyataan itu dianggap oleh umat Islam sebagai fatwa. BERNAMA

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59