Wednesday, 16 May 2007

ISLAM HADHARI TERUS SESAT, CAMPURKAN PROGRAM MAKSIAT DENGAN MAKHRUF



Masjid Tanah : Untuk memeriahkan lagi program Sambutan Hari Perbandaran ke-4, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia telah menganjurkan program Pentarama yang diadakan di Perhentian Bas dan Teksi Masjid Tanah.

Pentarama itu mengandungi program seperti Program keagamaan ( Forum, Tahlil dan Nasyid), sukan (Joran dan Sukaneka), riadah (Jogging dan Gotong royong 9 DUN), keindahan (Mewarna), kreativiti (Istana Pasir), perpaduan (Tarik Tali dan OKU) dan tidak ketinggalan kesenian dan kebudayaan (Karaoke dan Pentarama).

“Dengan adanya kepelbagaian program ini, saya berharap orang ramai akan terhibur dan dapat menikmati semangat muhibbah serta perpaduan di kalangan masyarakat setempat” kata Baharom Yang Dipertua MPAG.

Itulah skrip program Islam Hadhari. Program mereka sudah pasti akan dicampuradukkan antara maksiat dan keagamaan. Mereka tidak tahu menilai mana satu maksiat mana satu makhruf. Malah mereka beranggapan bahawa menjalankan program maksiat itu dibolehkan sebab program agama juga dibuat sepertimana program jom heboh, ada konsert ada program agama. Begitulah terpesongnya kepala otak pemimpin Islam Hadhari hari ini.

Memang dari mula-mula ianya diasaskan oleh Imam Al Badawi Wal Hadhari, kita semua sudah tahu bahawa Islam Hadhari adalah sesat dan menyesatkan. Malah bekas orang kuat Umno sendiri iaitu Tun Mahathir pun kata Islam Hadhari ini terpesong dari Islam. Tun Mahathir berkata dalam hanya ada Islam sahaja tiada Islam Hadhari.

Kesesatan Islam Hadhari ini terserlah dari awal-awal lagi kerana semua warisan 'toghut' Umno dari dahulu seperti undang-undang kafir, pusat judi, nombor ekor, kelab malam, sisem riba dan sebagainya dikekalkan malah bertambah dari masa ke semasa. Program maksiat semakin mendapat tempat di hati pemimpin Islam Hadhari dan penganutnya walaupun ianya difatwakan haram oleh sesetengah mufti yang ikhlas dan jujur.

Kejadian murtad semakin berleluasa di biarkan malah seolah-olah diharuskan apabila golongan IFC yang menyokong kemurtadan ini di biar malah digalakkan oleh sesetengah pemimpin Islam Hadhari dan anak-anak mereka.

Para mufti, ustaz dan golongan agama sering di maki hamun dan di caci di zaman Islam Hadhari tetapi pada masa yang sama artis dan para juhala di angkat dan didewa-dewakan.

Pemimpin Islam Hadhari terus menunjukkan contoh yang tidak baik apabila ada yang memegang bahu 'amoi' Hollywood ditengah khalayak ramai. Pemimpin wanita Islam Hadhari terus memperagakan fesyen rambut yang bermacam-macam dan 'up to date' tanpa menghiraukan aurat yang diajarkan oleh Islam.

Sampai bila mereka akan sesat kita pun tidak tahu. Tugas kita ialah menyelamatkan ummah dan penganut Islam Hadhari ini supaya kembali ke pangkal jalan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59