Tuesday, 29 May 2007

HAMPIR RM300 JUTA AKAN LESAP UNTUK SAMBUT KEMERDEKAAN


Media internet hari ini melaporkan bahawa kerajaan Islam Hadhari Al Baziri akan membazirkan duit rakyat berjumlah hampir RM300 juta untuk menyambut 50 tahun kemerdekaan pada tahun ini.

Jika benar dakwaan ini maka ini satu lagi episod malang buat rakyat apabila wang kita digunakan sewenang-wenangnya tanpa ada rasa tanggungjawab oleh pemimpin Islam Hadhari. Pada ketika rakyat terbeban dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang kian meningkat, pemimpin kerajaan yang tidak berhati perut ini tetap berdegil tidak mahu berjimat cermat. Pemimpin seperti ini sewajarnya sudah lama di'terajang' dari 'singgahsana' pemerintahan.

Sementara itu Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Bukit Katil, Nazry Arrifin mempersoalkan kewajaran tindakan kerajaan membelanjakan hampir RM300 juta bagi menyambut Hari Kemerdekaan Ke-50 pada kali ini yang jelas membazir dan tidak bijak.

"Apa untungnya sambutan sebegini yang langsung tidak memberikan impak kepada kesejahteraan rakyat. Kita tidak menentang sambutan kemerdekaan tetapi biarlah ia diadakan secara sederhana dan wang yang sebanyak itu boleh digunakan untuk meringankan beban rakyat melalui program-program bantuan kebajikan dan pinjaman perniagaan contohnya" ujar Nazry panjang lebar.

"Mengapakah pada ketika rakyat dihimpit dengan pelbagai keperitan hidup seperti kenaikan harga barang, tol, minyak dan gejala sosial, tiada usaha yang proaktif dari kerajaan untuk membantu rakyat. Kerajaan hanya sibuk berpesta sepanjang tahun melakukan pembaziran wang rakyat," tegas Nazry lagi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59