Tuesday, 15 May 2007

GEJALA MURTAD TERUS MENULAR DI KALANGAN PELAJAR DAN REMAJA


Gejala murtad terus menular di negara Islam Hadhari ini akibat kedegilan dan keangkuhan Imam Al Hadhari yang tidak mahu menggunapakai undang-undang Islam di negara kita. Undang-undang murtad yang sepatutnya menjadi pelindung kepada gejala ini dari terus merebak langsung tidak diterima oleh Islam Hadhari sebagai penyelesaian kepada masalah ini.

Malah Imam Al Hadhari dan juak-juaknya sendiri menafikan fakta-fakta mengenai bilangan orang Islam yang murtad seperti pendedahan oleh Mufti Perak, Dato' Seri Hj Harussani Zakaria yang menyatakan bahawa terdapat 250,000 orang Islam yang murtad di negara ini.

Dakwaan Mufti Perak bukannya hendak disiasat malah Mufti Perak sendiri ditempelak oleh juak-juak Islam Hadhari ini.

Dakwaan gejala murtad ini akhirnya terdedah apabila satu demi satu kes 'pecah tembelang' apabila individu-individu yang murtad tersebut dengan berani mengaku telah meninggalkan Islam.

Kes terbaru melibatkan penuntut Universiti Multimedia Malaysia(MMU, Cyberjaya yang mengaku telah keluar dari Islam.

Penuntut yang dipercayai siswa MMU mengisytiharkan dirinya murtad menerusi satu kenyataan dalam laman blog miliknya.

Dalam laman blognya, penuntut terbabit yang disiarkan Ahad lalu, beliau mendakwa sudah keluar daripada Islam kerana tidak mempercayai beberapa hukumnya.

Penuntut lelaki terbabit yang mengikuti kursus Kejuruteraan Mekanikal di universiti berkenaan mendakwa tindakan mendedahkan dirinya murtad menyebabkan dia menerima mesej ugutan bunuh biarpun bukan bertujuan menghina orang lain.

Dakwanya, dia kini berfahaman atheis yang tidak mempercayai agama walaupun namanya merujuk kepada nama seorang Islam.

“Saya melihat apa yang saya lakukan ini salah kecuali mahu menjadi diri saya sendiri.

“Saya faham ada yang mahu membantu dan saya menghargainya. Tetapi, sesiapa yang mahu membunuh saya atau merancang menyakiti saya dan ada yang cuba memalukan saya, ia memang tidak berbaloi,” katanya yang berasal dari Petaling Jaya.

Tindakannya membuat pengakuan murtad secara terbuka dalam laman blognya itu jelas menunjukkan bahawa agama Islam sekarang ini berani dipermainkan kerana pemerintah sendiri mempermainkan Islam dengan mendewa-dewakan Islam Hadhari sebagai matlamat dan rujukan mereka.

Amat malang bagi kita umat Islam di Malaysia apabila pemimpin yang mengaku Islam sendiri memperkecilkan agama dan golongan agama yang cuba mengatasi masalah murtad ini dihina dan diperlekeh-lekeh dengan pelbagai tuduhan. Malah ada pemimpin Islam Hadhari yang mencadangkan supata Mufti-mufti ini dipantau dan di kawal supaya tidak mengeluarkan hukum dan fatwa sesuka hati.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

Ibnu Ali said...

Apa url blog dia?

soldadu musim salju said...

salam...buat pengetahuan anda,saya salah seorang pelajar MMU.Pelajar tersebut kalau tak silap saya bernama Muharam.Dia pelajar Faculty of Engineering di MMu kampus Melaka. Url blog beliau tidak dapat dimasuki kerana beliau hanay membenarkan orang² tertentu sahaja masuk ke laman blog dia.Sekian wassalam.

Anonymous said...

MMU melaka la budak tu...cerita pun separuh benar. Kalau camni camna nak percaya keseluruhan isi blog ni.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59