Friday, 25 May 2007

EZAM MASUK PAS, NALLA KETUAI KELAB PENYOKONG PAS KAUM INDIA?


Mungkin ada agenda besar yang dibincangkan oleh 3 sahabat lama iaitu Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung PAS), Ezam Mohd Nor (Mantan Ketua AMK), Nallakaruppan dalam pertemuan mereka baru-baru ini.

Tidak diketahui apa agenda utama pertemuan tersebut, namun bagi PAS sebagai sebuah parti politik tertua di Malaysia (sebab Umno yang ada pada hari ini adalah Umno Baru), sesiapa sahaja boleh menjadi Ahli PAS dan Kelab Penyokong PAS.

Jika benar Ezam ingin menjadi ahli PAS, kita yakin semua ahli dan pemimpin PAS mengalu-alukannya. Begitu juga kalau Nalla ingin aktif dalam Kelab Penyokong PAS Kaum India juga dialu-alukan.

PAS tidak macam Umno yang menyekat mana-mana individu untuk menyertainya seperti yang terjadi kepada Anwar Ibrahim yang 'diharamkan' untuk kembali kepangkuan Umno (walaupun sememangnya ANwar tidak berhasrat untuk kembali kepada Umno).

Malaysiakini melaporkan bahawa Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan Datuk S Nallakarupan yang telah mengumumkan akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, pertemuan yang diadakan di pejabatnya di Bangsar Baru semalam itu turut dihadiri oleh bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor.

Ditanya tujuan pertemuan itu diadakan itu, Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, ia hanya pertemuan biasa antara ‘kawan lama’.

Beliau memberitahu demikian ketika ditanya mengenai spekulasi bahawa pertemuan itu dibuat atas permintaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memujuk Nalla supaya menarik balik keputusannya itu.

Kamaruddin menafikannya tetapi menegaskan ia hanya satu pertemuan biasa “untuk bertanya khabar” antara kawan lama.

"Kami telah biasa bertemu, pejabat saya dengan pejabat Datuk Nalla berdekatan. Ezam walaupun jauh sedikit, tetapi kami semua berkawan rapat sejak dulu lagi.

"Kami berbincang pelbagai perkara, termasuk politik semasa seperti berita Datuk Nalla keluar PKR.

Kerana kecewa

“Datuk Nalla memberitahu, beliau kecewa dengan apa yang berlaku tetapi menegaskan beliau tidak akan kembali semula ke pangkuan MIC," katanya.

Nalla akan mengadakan sidang akhbar esok berhubung pengumumannya keluar dari PKR.

Semalam, Nalla yang juga merupakan kawan rapat Anwar, mengumumkan beliau keluar dari PKR kerana mendakwa dipermainkan oleh penasihat PKR itu.

“Cukuplah…!” kata ahli perniagaan yang berusia 61 tahun itu kepada malaysiakini semalam. “Sudah lama saya dipermainkan.”

Menurutnya, beliau sudah dua kali dipermainkan oleh “kawan karibnya” Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga penasihat PKR, selepas memberi jaminan bahawa beliau (Nalla) akan diberi peranan penting dalam parti itu.

“Kali pertama Anwar memberitahu saya patut bertanding dalam pilihanraya kecil Ijok. Tetapi pada saat-saat akhir, beliau meminta saya menarik diri dan memberi kerusi itu kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Saya marah kerana sehingga saat-saat akhir pun, beliau masih lagi mahu saya bertanding tetapi saya (kemudiannya) bersetuju dengan keputusannya (supaya tidak bertanding) dan memberitahu akan melakukan apa sahaja untuk membantu Khalid memenangi kerusi tersebut,” katanya.

Pada pilihanraya kecil Ijok pada 28 April lalu, Khalid tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, K Parthiban.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

4 Comments:

Anonymous said...

Jangan galak sangat dengan Ezam itu. Dia seorang ejen yang melemahkan Angkatan Muda PKR dan menghancurkan parti, memalukan PKR. Hati-hati, PAS!

Anonymous said...

PAS Bukit Katil tidak tahu-menahu pergolakan yang timbul dalam PKR angkara Ezam, pengikut dan sekutu-sekutunya.

Nasihat saya, sebagai penyokong PAS, Pemuda kawasan Bukit Katil tidak menyiarkan bahan-bahan seumpama ini.

Tidak elok untuk PAS, khususnya di Melaka.

Kalau Saudara2 tidak mahu percaya pada pandangan saya ini, semaklah sendiri dengan anggota-anggota PKR sendiri.

Hati-hati ....

muhammad fakhrul razi said...

dgn menyiarkan artikel ini sekali lagi PAS diperkudakan dan memperkudakan diri dengan permainan politikusarap. sampai bila pas mahu sedar akan taktik politikusarap sebegini atau sudah ramai ahli pas menjadi politikusarap juga.. kembalilah pada perjuangan dakwah sebenar.. pimpin politik ke arah addin bukan menghambakan addin dengan permainan politikusarap. menjemput ezam menyertai pas persis perbuatan yg sama dgn menyediakan pentas pada mahathir dan anwar memburuk-burukkan tunku abd rahman suatu ketika dulu, menyediakan pakatan dan mengangkat anwar menjadi teraju perjuangan politik pas, menyediakan tapak untuk mahathir berwacana, memeluk kit siang untuk berdakwah.. ini semua tipu daya unsur politikusarap dalam perjuangan menegakkan kalam Allah. hentikan unsur politikusarap, satukan hati berdakwah menyebarkan syumul dan indahnya ajaran islam.

najwan halimi said...

artikel ni tak sihat.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59