Friday, 18 May 2007

EXCO AGAMA PEMUDA ISLAM HADHARI AKUI TIADA TINDAKAN SUSULAN DALAM ISU MURTAD


Exco Pemuda Umno yang juga Pengerusi Biro Agama pergerakan itu, Shamsul Najmi Shamsudin, bimbang dengan kelemahan pihak berkuasa agama yang lambat mengambil tindakan mencegah umat Islam daripada terpesong akidah mereka.

Menurutnya, pihaknya sudah banyak kali mengemukakan laporan berhubung tindakan beberapa pihak yang berusaha memurtadkan umat Islam di negara ini tetapi tiada tindakan susulan dijalankan pihak berkuasa agama. Kenyataan beliau dipetik dari Harian MeTROK hari ini.

Mengulas perkara ini, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional, Dewan Pemuda PAS Bukit Katil, Affandy Abdul Wahab berkata, perkara ini tidak perlu ditimbulkan oleh Najmi kerana sudah jelas bahawa pemimpin Islam Hadhari memang tidak menjadikan isu murtad sebagai isu besar. Sebab itu kerajaan Islam Hadhari tidak pernah memandang serius kepada masalah ini. Malah mereka memperkecil-kecilkan kenyataan Mufti Perak yang mendakwa kes murtad sudah mencapai 250,000 jumlahnya.

"Saya meminta Shamsul Nazmi supaya insaf dan sedar bahawa Islam Hadhari adalah ajaran yang sesat dan menyesatkan, kalau Islam Hadhari sendiri sesat bagaimana Islam Hadhari hendak membetulkan orang yang murtad. Itu sebab pemimpin Islam Hadhari tak hairan pasal murtad sebab ajaran yang diikuti oleh mereka iaitu Islam Hadhari juga tidak betul" jelas Affandy bersungguh-sungguh.

Beliau memberikan contoh mengapa Islam Hadhari dikatakan sesat, antaranya menghalalkan undang-undang kafir diamalkan di negara ini; menghalalkan judi dan arak dengan memberikan lesen; aurat tidak perlu ditutup; menghalalkan riba diamalkan dalam urusniaga;menghalalkan konsert-konsert hiburan yang jelas berlawanan dengan Islam dan banyak lagi yang menurutnya tidak cukup satu hari untuk dijelaskan.

Affandy juga menyeru Shamsul Nazmi sebagai seorang yang berpendidikan agama supaya menasihatkan pemimpin Islam Hadhari supaya mengamalkan undang-undang Islam dan negara kita, sekurang-kurangnya mengamalkan undang-undang murtad supaya gejala murtad tidak terus belaku dan meruncing.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59