Friday, 18 May 2007

DUA PENDEKAR 'BOCOR' BN MOHON MAAF



Dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) – Mohd Said Yusof dan Bung Mokhtar Radin – hari ini memohon maaf kerana membuat kenyataan yang didakwa menghina wanita di Dewan Rakyat pada 9 Mei lalu.

Permohonan maaf itu dibuat selepas mereka mengadakan pertemuan selama kira-kira 45 minit dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil pagi ini.

Kabinet telah memberi mandat kepada Shahrizat mengambil tindakan susulan kerana kenyataan mereka telah mencetuskan kemarahan di kalangan badan bukan kerajaan (NGO) wanita.

Antara yang membantah keras kenyataan tersebut ialah Sister In Islam, Pertubuhan Bantuan Wanita, Persatuan Tindakan Wanita, Wanita MCA, Pas dan Parti Keadilan Rakyat yang mendesak supaya Mohd Said dan Bung Mokhtar memohon maaf secara terbuka.

Dua orang Pendekar 'Bocor' BN itu didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina Ahli Parlimen DAP dari Batu Gajah, Fong Poh Kuan semasa perbahasan hangat tentang kebocoran di bangunan Parlimen (gambar) minggu lalu.

Kedua-dua didakwa menuturkan perkataan "Mana ada bocor? Batu Gajah pun bocor tiap-tiap bulan juga" yang disifatkan oleh pihak pembangkang sebagai menghina kaum wanita.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59