Friday, 18 May 2007

CALON BUKAN ISLAM WAKILI PAS PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG?



PAS sedang mencari kaedah bagi membolehkan orang bukan Islam menjadi rakan parti itu untuk menjadi wakil rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagaimana yang dibuat Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Naib Presiden PAS, Dato' Hj Husam Musa berkata, ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) itu bukan wakil rakyat PAS tetapi sebagai rakan kepada PAS, sebagaimana MCA dan MIC yang menjadi rakan kepada Umno.

Peranan mereka, katanya, adalah untuk menyuarakan masalah berkaitan dengan kaum bukan Islam di negara ini.

Husam yang juga Ahli Exco Kerajaan Kelantan berkata, kaedah ini pernah dibuat oleh PAS dalam pilihanraya umum 1990 dengan kerjasama Majlis Perundingan Cina (CCC).

"Sekarang kita kena mendapatkan orang bukan Islam yang mahu menjadi rakan PAS untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang," katanya dalam temubual dengan malaysiakini di ibu negara Isnin lalu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penubuhan kelab penyokong PAS kaum Cina dan India yang bertujuan untuk menarik kaum berkenaan mengundi PAS dalam pilihanraya.

Husam berkata, pada mulanya PAS mahu menerima orang bukan Islam untuk menyertai parti itu tetapi setelah mengambilkira tanggapan orang ramai dan bimbang dimanipulasi pihak tertentu, maka lebih baik menubuhkan CCC.

"PAS sudah matang dalam hubungan antara orang Islam dengan bukan Islam dan boleh menangani sebarang isu yang membabitkan mereka," katanya.

Petikan Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59