Wednesday, 2 May 2007

CADANGAN DARI PEMBACA UNTUK TANGANI PENIPUAN SPR DAN ISLAM HADHARI


Di hantar melalui email.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sepertimana yang telah diketahui, piliharaya kecil Ijok telah memperlihatkan telah berlaku penipuan yang dilakukan oleh pihak UMNO/BN untuk mengekalkan kedudukan mereka. Dalam hal ini, saya yakin bahawa sekiranya UMNO/BN yang melakukan penipuan tersebut dengan sendirian, maka ia tidak akan berjaya. Oleh yang demikian, pihak lain dijemput bersama menyertai mereka bagi merancang untuk terus mengekalkan kuasa. Antara pihak yang bersungguh-sungguh memperlihatkan pakatan mereka dengan rancangan jahat UMNO/BN tersebut adalah SPR, Polis dan JPN. Ini jelas terbukti dimana, dari awal kempen bermula hingga ke hari pembuangan undi.

Bagi pihak Polis, mereka bertindak sebagai penghalang dengan melakukan beberapa sekatan seperti mendakwa ceramah kempen yang dilakukan oleh Keadilan tidak mempunyai permit, mengerahkan FRU untuk menakut-nakutkan penyokong pembangkang, menolong menyelamatkan bas-bas yang disyaki membawa pengundi hantu, membiarkan provokasi yang dilakukan oleh UMNO/BN dan sebagainya.

Dipihak SPR, mereka bertindak memasukkan data pemilih yang telah lama meninggal dunia, menukar alamat pengundi ditempat lain ke tempat pengundian di Ijok, menambah bilangan pengundi dengan tidak tahu dari mana asalnya dan banyak lagi kekeliruan yang ditimbulkan oleh mereka.

Dipihak JPN, mereka mencetak kad pengenalan orang-orang yang telah meninggal dunia yang juga menyambung tugas SPR setelah menyenaraikan nama-nama pengundi yang telah mati.

Sebab itulah, peratus pilihanraya kecil ini telah mencatat sejarah dimana bilangan pengundinya melebehi 80 peratus yang keluar mengundi.
_____________________________________________________________

Apa yang boleh kita lakukan setelah segala usaha kita gagal?

Cadangan :

1) Bawa perkara ini mengadap ke bawah D.Y.M Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Sertakan sekali bukti-bukti yang dikumpul sejak dari awal sehingga akhir pembuangan undi. Persembahkan juga kepada Tuanku bahawa rakyat tidak lagi berminat untuk meneruskan demokrasi ala BN dan akan memulaukan pilihanraya seterusnya sekiranya SPR dan beberapa badan lain yang terlibat tidak dirombak.

2) Mengadakan Solat Hajat di seluruh negara. Ini boleh dilakukan di setiap negeri di seluruh Malaysia. Namakan pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang terbabit dalam penipuan semasa membaca berdoa. Namakan juga Rasid SPR, Namakan juga Ketua Polis Negara dan Negeri yang jelas memperlihatkan kecondongan mereka kepada pihak pemerintah. Solat hajat ini perlu dilakukan sekerap mungkin sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Kita amalkan ia sehingga berhasil, sehingga Allah memberi petunjuk dan balasan kepada mereka. Mereka lakukan penipuan tersebut seperti seorang yang tidak bertuhan, tidak mempunyai kepercayaan dalam bertuhan. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan. Ayoh kita mulakan solat hajat diseluruh negara.

sekian,
Wassalam.

Hamba Allah yang hina.
JAMBOL SEVEN

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59