Thursday, 3 May 2007

BONGKAR PRK IJOK : BN BELI UNDI


Proses pengundian sepatutnya dikawal ketat manakala undi adalah rahsia, tetapi satu sumber mendedahkan bahawa pilihanraya kecil Ijok telah dicemari dengan perbuatan membeli undi dan penyelewengan yang lain.

Sumber tersebut yang merupakan seorang petugas rasmi di sebuah pusat pengundian di Ijok berkata, semua pegawai, ejen undi dan pemerhati diwajibkan menandatangani borang menyimpan rahsia proses pengundian.

“Tetapi tidak seorang pun yang benar-benar mematuhinya,” kata pegawai tersebut kepada malaysiakini, tetapi tidak mahu namanya disebut.

Beliau kemudian menceritakan mengenai seorang pengundi wanita yang meminta wang daripada pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang bertanggungjawab menjaga pusat pengundian tersebut).

“Saya masih ingat namanya dan dia berusia 27 tahun. Dia seorang wanita Melayu yang kelihatan agak gempal dan berpakaian seperti baju aerobik.

“Selepas mengundi, dia menunjukkan sepucuk surat kepada pegawai berkenaan dan bertanya: ‘Mana duit untuk tambang?’ dan dia kemudiannya ke bawa ke bilik lain,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, wanita tersebut kelihatan lebih tua daripada umur dalam kad pengenalannya.

Seorang petugas lain sempat mengambil gambar perempuan tersebut dan kenderaannya selepas menerima maklumat dari petugas di dalam.

Minta duit dari PKR juga

Ketua Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Faisal Mustaffa yang ditugaskan di pusat pengundian tersebut berkata, perempuan tersebut termasuk dalam senarai pengundi yang ‘diragui’.

“Senarai tersebut mempunyai kira-kira 30 nama pengundi yang mempunyai alamat tidak lengkap dan tidak dikenali oleh penduduk tempatan.

“Namanya berada dalam senarai tersebut dan kemunculannya disahkan oleh kami,” katanya.

Katanya, beliau kemudiannya menerima SMS yang menyatakan nama dan nombor kad pengenalan wanita itu yang meminta bayaran kerana mendakwa dia telah mengundi calon PKR.

SMS itu berbunyi ‘(...) bertanya diminta nak ambil duit tambang. Dia ada borang tuntutan dengan namanya dan sepucuk surat dari Umno...”

Faisal berkata, beliau amat meragui tujuannya dan tidak membalas SMS tersebut.

“Saya tidak menjawabnya dan saya tidak kenal siapa dia. Dia kemudiannya menghantar SMS kedua meminta saya supaya jangan mengedarkan SMS pertamanya tadi,” katanya.

Calon Barisan Nasional (BN), K Parthiban menewaskan calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan majoriti 1,850 undi dalam pilihanraya kecil Ijok Sabtu lalu yang didakwa berlakku penyelewengan dan wujudnya pengundi hantu.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59