Thursday, 17 May 2007

BILIK HOTEL DI KELANTAN PENUH. MENTERI PELANCONGAN DIAM MEMBISU


KOTA BARU: Bilik Hotel di Kelantan penuh dan tidak cukup kerana kebanjiran pelancong yang datang ke Kelantan setiap hari.

Kira-kira 6,000 bilik penginapan diperlukan di Kelantan bagi menampung peningkatan jumlah pelancong ke negeri itu.

Presiden Persatuan Pelancongan Kelantan (KTA) Nik Aman Nik Mohamad berkata pada masa ini kira-kira 3,500 bilik penginapan di negeri ini yang tidak mampu untuk menampung kedatangan pelancong terutama dalam musim cuti.

"Masalah penginapan itu merupakan antara maklum balas yang diterima KTA daripada pelancong selain mengenai kekurangan kemudahan, infrastruktur dan perkhidmatan berkaitan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Bagi memenuhi keperluan pelancong, beliau berkata kemudahan infrastruktur di sesetengah tempat yang menjadi tumpuan perlu dipertingkatkan selain menyediakan perkhidmatan kenderaan khusus untuk membawa pelancong ke Gunung Stong dan pusat rekreasi yang lain.

Katanya pengurusan hotel juga perlu proaktif dalam menyemarakkan industri pelancongan dengan mengadakan program persembahan kebudayaan di premis masing-masing yang bersesuaian mengikut Enakmen Persembahan dan Tempat-tempat Hiburan.

Nik Aman berkata Gelanggang Seni yang menjadi nadi persembahan kebudayaan rakyat negeri ini pula mempunyai jadual persembahan yang tertentu dan tidak diketahui pelancong yang benar-benar berminat untuk menyaksikan persembahan yang diadakan.

Beliau juga menegur peniaga agar tidak menaikkan harga makanan, hasil kraftangan dan juga batik sesuka hati kerana ia juga boleh menjejaskan industri pelancongan di negeri ini.

Peniaga perlu memikirkan keuntungan dalam jangka masa panjang dan bukannya untuk masa singkat bagi memastikan peningkatan kedatangan pelancong ke negeri ini.

"Mereka perlu 'Think Tourism' kerana jika ingin untung dalam jangka pendek, kesan jangka panjangnya boleh menjejaskan industri pelancongan Kelantan," katanya.

Statistik yang dikeluarkan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan menunjukkan 4.8 juta pelancong termasuk 674,000 pelancong asing berkunjung ke negeri ini sepanjang tahun lalu.

APA MENTERI ISLAM HADHARI NAK CAKAP. KELANTAN TERUS DIKUNJUNGI PELANCONG WALAUPUN TIDAK MENDAPAT BANTUAN SEPENUHNYA DARI KERAJAAN ISLAM HADHARI.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

Pada suatu hujung minggu tahun lalu saya berkunjung ke Kelantan tanpa menempah hotel terlebih dahulu. Cadangnya nak berjalan-jalan selepas sahaja menghadiri suatu seminar di sana.

Sangat memeranjatkan kerana saya hampir putus asa mencari kamar untuk menginap. Hampir empat jam bertanya dari hotel ke satu hotel dan kemudiannya ke rumah tumpangan hingga ke Pantai cahaya Bulan kesemuanya sudah dipenuhi.

Cuma jam lima petang barulah sebuah hotel menelefon saya mengatakan seorang tetamu mereka tidak datang dan biliknya diserahkan kepada saya.

Mulai hari itu setiap kali nak ke Kelantan tak kiralah musim cuti ke tidak saya pasti akan menelefon mana-mana satu hotel terlebih dahulu.

Fobia saya jika keKelantan mengingatkan kekurangan hotel atau terlalu banyaknya pelancong ke sana.

wasalam.
Adnan, Seremban

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59