Tuesday, 22 May 2007

BICARA KES BUNUH ALTANTUYA ISNIN INI, NAJIB PUCAT GIGI?


Kementerian Luar Mongolia berharap perbicaraan terhadap kes pembunuhan rakyatnya, Altantuya Shaariibuu mulai Isnin ini, akan dijalankan secara adil dan bebas daripada pengaruh politik.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, perbicaraan tersebut akan menjadi tumpuan rakyat negara itu, masyarakat dunia dan media antarbangsa.

"Kerajaan Mongolia akan terus mengambil semua langkah perlu mengikut undang-undang antarabangsa untuk melindungi kepentingan serta hak asasi rakyatnya,” tambahnya.

Perbicaraan kes pembunuhan Altantuya itu yang melibatkan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda, akan dijalankan di Mahkamah Tinggi Shah Alam di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yassin. Apakah Najib pucat gigi dengan bermulanya perbicaraan ini? Sama-sama kita tunggu siapa yang akan di'telanjangi' dalam pilihanraya ini.

Abdul Razak dituduh bersubahat membunuh model sambilan berusia 28 tahun itu bersama dua anggota polis di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara jam 9.54 pagi dan 10.05 pagi pada 18 Oktober 2006.

C/Insp Azilah Hadri, 30, dan Kpl Sirul Azhar Umar, 35, dituduh membunuh model berusia 28 tahun itu, yang cebisan mayatnya ditemui di kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam pada 7 November tahun lalu.

Azilah dan Sirul Azhar, yang kedua-duanya dari Unit Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dituduh membunuh Altantuya di lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Ketiga-tiga mereka didakwa dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Menurut kenyataan itu lagi, wakil dari Kementerian Kehakiman dan Dalam Negeri serta Kementerian Luar Mongolia akan menghadiri perbicaraan mulai Isnin ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59