Sunday, 27 May 2007

BERAPA JUTA WANG RAKYAT 'TERKORBAN' PADA MALAM 'SEJUTA WARNA, SEJUTA SENYUMAN'


PUTRAJAYA: Di saat rakyat terhimpit dengan kenaikan harga barangan dan tekanan hidup kerajaan Islam Hadhari terus membazirkan wang rakyat tanpa segan silu. Malam tadi satu lagi acara maksiat dan membazirkan dijalankan. Program yang melibatkan percampuran dan pergaulan antara lelaki dan wanita; tidak menghormati waktu solat (dimulakan dari jam 6.30 petang lagi); pendedahan aurat wanita dan sebagainya menjadi kebanggaan pemimpin Islam Hadhari.

Citrawarna Malaysia ke-9 yang berlangsung selama 16 hari hingga 10 Jun ini dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang di Dataran Putrajaya malam ini.

Perdana Menteri Imam Al Badawi Wal Hadhari melancarkan acara tahunan tersebut yang bertemakan `Sejuta Warna, Sejuta Senyuman'. Patutlah Imam Al Hadhari senyum sampai ke telinga malam tadi sebab kempen itu bertemakan sejuta senyuman rupanya.
Kira-kira 70,000 orang rakyat negara ini dan pelancong asing membanjiri majlis pelancaran yang berlatar belakang bangunan kompleks mahkamah Palace of Justice.

Kita tahu berapa juta wang rakyat 'terkorban' untuk menghasilkan 'sejuta warna dan sejuta senyuman'.

Majlis sambutan bermula sejak 6.30 petang yang mempamerkan persembahan kumpulan tarian dan perarakan di Putrajaya Boulevard, pertunjukan fesyen pakaian hasil karya pereka tempatan serta pertunjukan Balet Berbasikal.

Perdana Menteri tiba di majlis perasmian kira-kira 8 malam dengan diiringi persembahan muzik dan tarian tradisional.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan ucapan sebelum Citrawarna Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri.

Para pengunjung seterusnya dipersembahkan dengan pelbagai pertunjukan kebudayaan rakyat seperti persembahan paluan gendang oleh 100 pemukul gendang dari tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India, tarian topeng masyarakat orang Asli, tarian musim menuai masyarakat Sabah dan tarian pahlawan masyarakat Sarawak.

Ia disulami dengan persembahan tarian pelbagai masyarakat Melayu, Portugis, Siam, Cina dan India dengan disimbahi pancaran lampu berwarna-warni.

Acara kemuncak ialah gabungan tarian dan nyanyian kesemua 1,800 penari dan peserta yang mengambil bahagian mengiringi lagu yang digubah khas.

Pertunjukan bunga api yang mewarnai langit pusat pentadbiran Putrajaya selama lima minit mengakhiri majlis pelanncaran.

Citrawarna Malaysia kali ini yang berlangsung sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara disambut secara besar-besaran dengan pelbagai aktiviti diadakan termasuk di hotel, pusat pelancongan dan pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang.

Inilah bukti Islam Hadhari tidak mengambil kira samada sesuatu program itu Halal atau Haram; membazir atau tidak semuanya dibuat asalkan menghiburkan. Pulangannya dari segi dunia belum tentu tetapi pulangan akhirat secara zahirnya kita dah tahu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59