Wednesday, 2 May 2007

BEBERAPA PERKARA GANJIL DI IJOK


Di bawah ini disenaraikan beberapa perkara yang menimbulkan spekulasi di Ijok :-

1) 142 kertas undi hilang/tidak dimasukkan ke dalam Peti Undi.
Misteri ‘kehilangan’ 142 kertas undi yang tidak dipulangkan di salah satu daripada lima saluran di pusat pengundian Pekan Berjuntai Bestari Utara.

Ia merupakan hampir 30 peratus daripada 500 kertas undi yang dikeluarkan di saluran keempat di Pekan Berjuntai Bestari Utara itu. Satu lagi kertas undi tidak dipulangkan di Jaya Setia. Ada kemungkinan wang ditawarkan untuk kertas undi tersebut.

2) Percanggahan keputusan pengundian bagi Pekan Ijok

Sebelum pengumuman rasmi dibuat bahawa BN menang pada jam 8.45 malam, pegawai pengurus pilihanraya Haris Kasim mengumumkan keputusan bagi setiap saluran pengundian.

Menurutnya, PKR mendapat 135, 218 dan 271 undi bagi tiga saluran pengundian di Pekan Ijok manakala BN pula memperolehi 146, 206 dan 253 undi bagi saluran yang sama.

Ini bermakna PKR menang di kawasan majoriti Cina di Pekan Ijok dengan mendapat 624 undi manakala BN mendapat 605 undi.


Bagaimanapun, keputusan pengundian yang diedarkan oleh SPR kepada pihak media sejam kemudiannya menunjukkan undi yang diterima oleh PKR bagi saluran ketiga di Pekan Ijok itu kurang 40 undi – dari 271 kepada 231. Tiada sebarang penjelasan diberikan.

Ekoran perubahan tersebut, undi yang diperolehi PKR berkurangan kepada 584 dan BN menang di Pekan Ijok.

3) Kertas undi diambil oleh orang lain

Seorang pengundi berusia 56 tahun, Hiew Yoke Chau memberitahu malaysiakini bahawa ketika dia datang untuk mengundi pada kira-kira jam 2 petang, dia diberitahu oleh ejen mengundi BN dan PKR bahawa kertas undinya telah diambil oleh orang lain.

Bagaimanapun, sejam kemudiannya, seorang pegawai SPR membenarkannya mengundi selepas dia menandatangan surat angkat sumpah menyatakan dia belum lagi mengundi.

Menurut PKR, terdapat dua kes seumpama itu berlaku di Pekan Ijok.

4) Kertas undi dijual

Ada dakwaan wujudnya percubaan ‘menjual’ kertas undi. Ia didakwa bemula dengan pengundi membawa keluar secara rahsia kertas undi dan memberinya kepada ejen, yang kemudiannya memangkah mengikut parti pilihan.

Kertas undi tersebut kemudiannya diberikan kepada pengundi lain untuk dimasukkan ke dalam peti undi dan dia membawa keluar kertas undinya. Ianya kemudiannya diberikan kepada ejen, dan proses itu dilakukan berulangkali.

Pengundi terbabit dikatakan mendapat bayaran daripada ‘pembeli’ kertas undinya yang masih kosong.

5) Nama pengundi dibuang dari senarai pemilih
Terdapat kes-kes tidak rasmi pengundi mengadu nama mereka telah dikeluarkan dari senarai pemilih walaupun telah mengundi di tempat yang sama sebelum ini, walaupun tidak pernah menukar alamat mereka.

Malaysiakini menerima enam aduan seumpama itu di Kampung Ijok, Simpang Ijok dan Bukit Badong.

6) Pengundi hantu

PKR mendakwa terdapat sekurang-kurangnya ‘lima pengundi yang telah disahkan meninggal dunia’ telah mengundi Sabtu lalu. Selain itu, parti pembangkang itu juga mempersoalkan kehadiran pengundi ‘yang mencurigakan’, seperti seorang pengundi yang berwajah Pakistan yang mengundi di Kampung Ijok.

Beberapa kes yang sama turut berlaku di Jaya Setia.

PKR juga menahan dua bas yang membawa kira-kira 80 penumpang, sebahagian besarnya wanita, pada hari pengundian selepas menerima maklumat bahawa mereka mempunyai dua kad pengenalan dan pengundi hantu yang dibawa masuk dari tempat lain.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa penumpang bas tersebut adalah penyokong BN dari Perlis.

PKR juga mendakwa terdapat dua buah lagi yang disyaki membawa pengundi hantu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59