Thursday, 10 May 2007

BANJIR : PENDUDUK TAMAN MERDEKA DAN TAMAN ANGKASA NURI DALAM KEADAAN BERJAGA-JAGA



Taman Merdeka : Penduduk di Taman Merdeka dan Taman Angkasa Nuri di minta berjaga-jaga kerana paras air di sekitar tempat tersebut semakin naik. Air di dalam longkang-longkang besar dan sungai di kawasan tersebut sudah hampir mencecah bahu jalan.

Tinjauan Blog ini pada pukul 7.00 pagi tadi mendapati paras air tetap bertahan sejak pukul 10.00 malam tadi. Jika sekiranya hujan turun dengan lebat seperti semalam maka dikhuatiri banjir akan sekali lagi melanda kawasan tersebut seperti yang berlaku pada Disember tahun lepas.

Semalam beberapa di Kg Sungai Putat ditenggelami air sedalam hampir 1 meter berikutan hujan lebat yang turun kira-kira 3 jam bermula pada jam 8.20 pagi. Sehingga jam 7.00 malam tadi air masih memenuhi rumah mereka.

Sementara itu Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Abu Bakar Ramle meminta penduduk sekitar Taman Merdeka dan Angkasa Nuri supaya bersedia dengan segala kemungkinan.

Selain itu beliau meminta pihak-pihak berwajib seperti Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Bomba, Polis dan Tentera supaya turun ke kawasan terbabit untuk memantau dan memberikan pertolongan serta merta jika air semakin naik.

"Kita tidak mahu peristiwa kegagalan kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan dalam menangani banjir Disember lalu berulang kembali, jangan nanti pisang berbuah dua kali" kata Ustaz Bakar ketika dihubungi di Pejabat beliau pagi ini.

Disember lalu kerajaan negeri di kritik hebat kerana gagal menangani banjir dengan berkesan, di mana bantuan lambat tiba, pengagihan bantuan yang lemah dan lain-lain. Penduduk setempat juga mempersoalkan kerajaan negeri mengapa rakyat tidak diberitahu tentang pembukaan Empangan Durian Tunggal yang meyebabkan air melimpah ke kawasan terbabit.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59