Thursday, 10 May 2007

BANGUNAN PARLIMEN BOCOR : APA SUDAH JADI?



BUKIT KATIL : 'Wabak' bangunan kerajaan bocor, runtuh dan alatan tidak berfungsi terus mewarnai media massa sehari dua ini. 'Wabak' ini sungguh memalukan kerana jelas kepada kita bahawa terdapat kepincangan dalam meluluskan sesuatu projek yang telah siap.

Bukankah kita semua tahu bahawa sebelum sesuatu projek itu diluluskan sudah tentu pemeriksaan rapi akan dilakukan oleh Jurutera yang bertauliah dan mahir. Sudah pasti akan ada spesifikasi dan kriteria yang ketat dirujuk sebelum ianya diluluskan dan diserahkan tuanpunya bangunan tersebut.

'Wabak' kebocoran yang berlaku di bangunan kerajaan ini sudah tentu mengundang seribu satu persoalan tentang bagaimana ia diperiksa dan diluluskan. Maka sudah pasti akan ada prasangka dan tuduhan kepada si pemeriksa dan 'rakan-rakan yang sewaktu' dengannya. Akan ada pihak yang menuduh berlakunya penyelewengan ketika pemberian tender dan kontrak. Ini ditambah lagi dengan perangai pemimpin Islam Hadhari dan pegawai-pegawainya yang memang terkenal 'KAKI NGAP' (FAHAM-FAHAM AJE LE).

Lebih memalukan kebocoran siling membabitkan bangunan Parlimen yang baru diubah suai dikesan semalam. Bukan satu kebocoran dikesan bahkan jumlahnya adalah enam kebocoran. (CUKUP MENGAIBKAN BAGAIMANA BANGUNAN YANG MULIA DISISI DEMOKRASI INI PUN ADA KONTROVERSI).

Antara kebocoran siling yang mengalirkan air dikesan berlaku berhampiran Pusat Media Parlimen dan pintu masuk Galeri Awam Dewan Rakyat.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil(DPPBK) menggesa satu siasatan terperinci dijalankan untuk mengkaji punca sebenar mengapa peristiwa aib ini berlaku. DPPBK meminta yang terbabit di bawa ke muka pengadilan jika terdapat unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

'Kerajaan mesti mendedahkan hasil penyiasatan ini kepada rakyat kerana peristiwa amat mengaibkan kita semua, kerana parlimen adalah tempat menggubal undang-undang dan sepatutnya semua pihak menghormati undang-undang lebih-lebih membabitkan bangunan parlimen' Ujar Setiausaha DPPBK, Jasry Jaafar dalam kenyataannya di sini pagi ini.

Semalam pada sidang parlimen pembangkang mengemukakan usul tergempar atas alasan boleh membahayakan keselamatan orang awam dan pihak media.

Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) ketika mengemukakan usul tergempar mengikut Peraturan Mesyuarat 26 (1P) berkaitan hak dan kebebasan berkata, kebocoran siling di bangunan Parlimen berkaitan keselamatan orang ramai.

Sejurus beliau membangkitkan perkara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Lim Si Cheng menyifatkan usul yang ditimbulkan pembangkang itu tidak relevan dengan peraturan tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang ketika mencelah berkata, kebocoran itu mempunyai kaitan dengan soal keselamatan.

‘‘Bagaimana bangunan Parlimen yang diubah suai berharga RM100 juta boleh berlaku masalah sedemikian (bocor). Adakah ini wajar ?

‘‘Mana menteri yang jaga Parlimen, tanya beliau (Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) adakah bangunan Parlimen selamat.

‘‘Saya baru sahaja melawat tempat kebocoran, terdapat enam kebocoran,” katanya.

Si Cheng bagaimanapun tetap dengan keputusan beliau untuk menolak usul yang dikemukakan oleh Chieng Jen.

‘‘Yang Berhormat (Kit Siang), saya pun ada dimaklumkan mengenai kebocoran ini. Pihak yang bertanggungjawab sedang menyiasat perkara ini dan sedang mengambil tindakan yang sewajarnya,” ujarnya.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan jawapan Si Cheng bangun dan mempertahankan usul yang dikemukakan oleh Chieng Jen.

Wakil-wakil Barisan Nasional (BN) pula turut campur tangan mempertahankan keputusan Si Cheng malah mereka mendakwa kebocoran tersebut tidak berbahaya.

Datuk Mohd. Said Yusof (BN-Jasin) ketika itu yang sedang membahaskan Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang 2007 meminta Si Cheng untuk mengizinkan beliau meneruskan perbahasan.

‘‘Yang Berhormat rang undang-undang ini lebih penting lagi lah,” katanya.

M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang turut mencelah kemudian berkata, kebocoran itu membazirkan wang rakyat.

Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangun mengambil bahagian secara sinis berkata:‘‘Mana ada bocor, Batu Gajah pun tiap-tiap bulan pun bocor juga.” ( Ahli Parlimen yang TIDAK BERMARUAH).

Si Cheng kemudian menamatkan perdebatan antara penyokong kerajaan dan pembangkang dengan memberitahu bahawa bangunan Parlimen masih selamat.

Sebelum ini, pada April tahun 2005 ketika sidang hari terakhir Dewan Rakyat, air hujan mencurah-curah masuk di kawasan tempat duduk menteri Kabinet akibat kebocoran di bahagian bumbungnya.

Ketika kejadian itu, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya sedang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2005.

Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Ramli Ngah Talib terpaksa menangguhkan persidangan kerana bimbang kerosakan mungkin lebih buruk atau kemungkinan bumbung runtuh dan berlaku lintar pintas.

Sebelum ini berlaku tiga kejadian keruntuhan siling membabitkan bangunan kerajaan iaitu Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya, dewan di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Putrajaya dan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini.

Keterangan gambar : Salah satu kebocoran di Bangunan Parlimen yang dikesan semalam.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59