Thursday, 31 May 2007

AMBIL TINDAKAN KE ATAS CHANDRA MUZAFFAR YANG KURANG AJAR


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa pihak berkuasa agama di negara ini mengambil tindakan atas Chandra Muzaffar kerana dalam akhbar The Star hari ini Chandra berkata Quran tidak melarang atau menghukum seseorang kerana meninggalkan agamanya.

Apakah Chandra tidak sedar bahawa kesalahan murtad adalah suatu kesalahan besar di dalam Islam. Individu yang murtad mesti dinasihatkan supaya kembali kepada Islam tetapi jika si murtad tersebut ingkar juga maka hendaklah hukuman bunuh dilakukan kepadanya.

Kenyataan yang dibuat oleh Chandra Muzaffar ini adalah kenyataan yang mencabar hukum Allah sendiri. Individu dan orang Islam seperti inilah sebenarnya yang mencemarkan kesucian dan kemurnian Islam kerana gemar sangat bercakap dalam isu yang mereka sebenarnya jahil.

Oleh itu Dewan Pemuda PAS Bukit Katil sekali lagi menggesa pihak berkuasa agama menyiasat kenyataan Chandra ini dan seterusnya mengheret Chandra yang celupar ini ke muka pengadilan.

Nazry Ariffin
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

6 Comments:

Anonymous said...

HMMM,

MEMANG BETUL CAKAP SI CHANDRA .TIDAK ADA AYAT YANG MENGATAKAN SESEORANG ITU TIDAK BOLIH KELUAR DARI ISLAM.MALAH ISLAM TIDAK MEMAKSA SESIAPA UNTUK MEMELUK ISLAM.JANGAN KAITKAN TUHAN ( ALLAH ) DALAM PERKARA INI.SEJARAH MEMBUKTIKAN ADA PEMIMPIN YANG MEMAKSA RAYKAT MEMELUK AGAMA ISLAM DAN KENYAATAN INI TIDAK DAPAT DI NAFIKAN.WAHAI MANUSIA JANGAN NAK AMBIL ALIH TUGAS TUHAN UNTUK MENENTUKAN AJAL MAUT SESEORANG. SEDARLAH DIRI SENDIRI PUN AKAN MATI SATU HARI NANTI.KEPERCAYAAN APA UGAMA PUN ADALAH ATAS DASAR PERCAYA ( BELIEF )DAN TIDAK SESIAPA PUN BOLIH MEMBUKTIKAN APA YANG DI ANUTINYA ADALAH BENAR BELAKA.SEMUA UGAMA MEMPUNYAI SERIBU SATU MISTERI.

shukor said...

Saya pun kurang pasti akan ayat-ayat terbabit.Ada sesiapa yang arif?
Walau bagaimanapun saya juga kurang yakin dengan kesahihan statement si anonymous.

Anonymous said...

saudara shukor ,

apa yang tak faham , atau buat buat tak faham.baca sendiri , jangan asyik ikut cakap orang aje.

saya berani kata di sini , semua ugama ada seribu misteri yang mana tidak dapat di huraikan olih yang hidup.

kebanyakan kita hanya ikut apa yang di suruh dan dianuti olih ibubapa kita tanpa menganalisi isi kandung dan kesahihan nya. apabila anak kita tanya soalan di takutkan dengan isu syurga , neraka dan isu itu habis di situ tanpa perbincangkan lanjut.

only god knows.

shukor said...

apa yang tak faham , atau buat buat tak faham.baca sendiri

sebenarnya banyak lagi yang saya tak faham.saya juga banyak bertanya pada yang faham dan membaca.

saya juga akui, melalui pembacaan, kenyataan Dr Chandra tu ada kebenarannya, dan, pada masa yang sama saya juga sedang meneliti beberapa pandangan dan pendapat lain,walaubagaimanapun, asas perbincangan saya hanyalah bersandarkan Islam.Sunggohpun agama lain punyai misteri tersendiri, tapi itu , pada saya, hanyalah kajian ilmiah sahaja.Pada saya , titik tolak dan kayu ukur kebenaran hanyalah apa yang di ukirkan oleh Islam.Pada saya, agama lain dan penganut-penganutnya sekali adalah bukan Muslim dan Allah hanya mengiktiraf Islam, be it yang disampaikan pada masa Nabi Ibrahim,Nabi Musa, Nabi Isa dan the latest upgraded version seperti yang di sampaikan oleh Nabi muhammad, (Salallah alai his sallam)

Anonymous said...

baguslah saudara shukur ,

itu hak anda untuk ikut apa yang anda rasa logik pada diri kamu ,tapi orang lain ada hak dia juga dan kita tidak bolih memaksa mereka atau mengunakan kuasa majoriti untuk tujuan ini.itu salah dan dosa besar.lebih lebih lagi kita sengaja tidak mahu ambil tahu atau buat buat tak nak tahu.itu macam tipu diri sendiri.

jangan marah ye ... saya berani cakap begitu sebab saya buat penyelidikan , temu bual ,kongsi pendapat dan jelas ada banyak misteri dan kesahihan pada semua agama hingga ada yang tidak mengaku ujud nya tuhan seperti mamat MMU itu.

pendapat saya : if you are a muslim be a good muslim ,and if you are a hindu , buddha ,or anyting else be the same. sama sama kita jumpa nanti di akhirat ...........

kadang kadang orang yang kita bertanya itu ada motif , ideologi sendiri dan juga termasuk dalam kategori ( not open minded )dan memang kita nampak semua nak mempertahankan pendapat masing masing . biasa lah kita kan manusia.Sedangkan apa yang di sampaikan olih nabi nabi , ulamak ulamak dan banyak lagi pun tidak ada agreement yang sama serta berbeza pendapat, idelogi .

Anonymous said...

saya pernah membincangkan isu ini dgn beberapa hafiz daripada UIA .

Biar saya ulaskan fahaman saya dgn bantuan rakan rakan seperjuangan saya membangunkan Islam!

terdapat dua ayat yg menjadi controversi dalam Islam - iaitu tiada paksaan dalam islam dan mereka yg murtad perlu dihukum bunuh .

Sebagaimana yg diketahui , sekiranya kita ingin mengambil ayat didalam al quran - ia amat tidak wajar diambil seperenggan shj. Ayat yg perlu diambil ialah secara keseluruhan.

Oleh itu , sekiranya saudara dan saudari membaca mengenai mereka yg murtad perlu dibunuh hanya mula diperbangkitkan apabila golongan israel yg memeluk islam pada awalnya , kemudiannya meninggalkan islam untuk mencentuskan propaganda- golongan ini mengheboh hebohkan fakta fakta tidak benar mengenai Islam !

Dalam situasi pada masa kini , golongan Islam ingin meninggalkan Islam kerana kurang memahami islam. Tujuan dan sebab mereka meninggalkan islam amat berbeza dgn tujuan pada masa dahulu !

selain itu mohammad tidak pernah menghukum mana mana golongan murtad di dalam hidupnya !

apa yg saya sebutkan diatas hanyalah pandangan saya , dan sekumpulan kawan kawan saya. FAkta yg saya utarakan hanya layak diterima sebagai pandangan dari perspectif lain dan bukan diikuti secara membuta tuli .

Saya mengharap , akan ada lebih banyak islam yg bersifat lebih penyabar dan prihatin terhadap mereka yg murtad dan salah faham yg diutarakan!

Tindakan menangkap atau menghukum mereka apabila mereka mencerca atau menghina Islam amat tidak berbaloi. Mereka bertindak sedemikian kerana kurang memahami kesucian dan keagungan Islam.

Ustaz saya pernah menceritakan kisah mohammad dimana pada suatu hari seorang kafir memasuki masjid lalu kencing di tengah tengah masjid dan dihadapan mohammad. Apa yg mohammad lakukan ialah, mendekati saudara kafir itu lalu berkata sini bukan untuk anda untuk melakukan perkara seperti ini , lalu baginda memanggil sahabat lalu dimintanya untuk menunjukkan jalan ke tempat yg sepatutnya. Lalu baginda juga ,kemudiannya membersihkan kencing itu dgn menggunakan tangannya!

Mohammad telah menunjukkan contoh yg amat menakjubkan bagi umatnya untuk mengikut... namun apa yg berlaku adalah disebaliknya

terdapat sesetengah pihak .. mengambil kesempatan untuk menghina dan mencerca tanpa sebab!

Saya berharap , sekiranya terdapat fahaman salah mengenai islam - cuba membetulkannya secara tenang dan aman, sekiranya mereka tidak memahami islam - membantu mereka memahami islam ! ini ialah tanggungjawab kita ...

Perkara perkara diatas ditulis berdasarkan fahaman dan akal fikiran saya...mungkin terdapat banyak kelemahan dan saya amat berharap pembaca akan meneliti dan mengambil yg jernih dan membuang yg keruh kerana yg buruk datang daripada saya yg baik datang daripada tuhan yg esa !

Islam IS the Truht

fakrus yunus
fakrus_yunus@gmail.com

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59