Thursday, 31 May 2007

ALI RUSTAM : SEMUA JANJI BN SUDAH DILAKSANA, BETUL KE?



AYER KEROH : Maka berkatalah Ali Rustum semalam bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN)- Barisan Najis sudah menunaikan sepenuh janjinya kepada penduduk di Parlimen Kota Melaka ketika kempen pilihan raya umum lalu.

Ali Rustum berkata lagi, semua janji itu dipenuhi berikutan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Pusat.

Beliau berkata, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri meluluskan peruntukan bagi memenuhi janji itu termasuk mengatasi masalah banjir kilat di bandaraya, pembersihan dan pengindahan Sungai Melaka dan pembesaran lapangan terbang Batu Berendam.

"Ketika kempen pilihan raya umum lalu, tiga perkara ini diberi penekanan dan setakat ini, semua janji BN telah dapat kita laksanakan.

"Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan RM128.8 juta bagi tujuan tebatan banjir dan menambah baik sistem perparitan di sekitar Bandaraya Melaka Bersejarah, manakala pembesaran lapangan terbang sebanyak RM134 juta dan projek pembersihan dan pengindahan Sungai Melaka sebanyak RM 236.2 juta," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Seri Negeri, di sini, semalam.

Ali Rustum lupa sebenarnya tanggungjawab kerajaan lebih besar dari itu. Bukannya setakat pembangunan fizikal sahaja tetapi bagaimana dengan pembangunan rohani. Kita lihat kadar jenayah, gejala maksiat, penagihan dadah dan sebagainya terus meningkat dari masa ke semasa. Apakah Ali Rustum tidak tahu bahawa semua masalah itu adalah tanggungjawab kerajaan Barisan Najis (BN). Bagaimana dengan masalah sosial di kalangan remaja, bagaimana dengan masalah pengangguran dikalangan graduan dan sebagainya.

Malah dari segi kemudahan asas juga kerajaan Barisan Najis (BN) gagal melaksanakannya dengan baik. Cuba kita pergi ke Kampung Solok Gaong, jalan untuk masuk ke kampung tersebut berlubang-lubang. Itu baru satu contoh, banyak lagi contoh lain yang boleh kita beri jika kita melawat ke seluruh negeri.

Peristiwa banjir yang melanda Jasin dan Batu Berendam Disember lalu juga membuktikan kelemahan kerajaan pimpinan Ali Rustum yang sering bercakap besar ini.

Kerajaan negeri juga ternyata gagal dalam aspek pentadbiran pendidikan rakyat apabila semua sekolah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) diserahkan kepada Kementerian Pelajaran. Ini merupakan satu bukti bahawa kerajaan Ali Rustum sebenarnya tidak mampu untuk mentadbir institusi pendidikan itu kerana kekurangan dana dan kelemahan pentadbirnya.

Kerajaan Islam Hadhari Melaka juga sebenarnya antara kerajaan negeri yang paling banyak hutangnya kepada kerajaan pusat. Jadi janganlah Ali Rustum mendabik dada bahawa negeri Melaka maju dengan titik peluhnya sendiri kerana sebenarnya kemajuan yang diwar-warkan ini dibuat dalam keadaan hutang keliling pinggan. Kalau macam ini Mak Minah di kampung pun pandai memerintah sebab tidak ada berhutang untuk mentadbir negeri. Inikah yang dikata pandai memerintah?

Kejayaan sesuatu pemerintahan itu bukan sahaja dilihat dari pembangunan fizikal sahaja tetapi kita mesti memandang jauh ke hadapan iaitu sehingga ke akhirat kerana kehidupan kita bukan setakat atas dunia sahaja. Kemajuan dan pembangunan yang penuh dengan hutang; rakyat semakin terhimpit dan tertekan; jenayah semakin parah; gejala sosial semakin membarah; masalah dadah tidak kunjung padam; pendidikan Islam semakin terhakis dan sebagainya; kedaulatan orang melayu dan Islam terhakis, sebenarnya tidak memberikan sebarang makna kepada rakyat.

Malangnya ajaran Islam Hadhari hanya memgambil infrastruktur fizikal sebagai kayu ukur untuk kemajuan tetapi tidak mengambil kita pembangunan insan dan kesejahteraan rakyat sebagai perkara yang paling penting. Pemikiran yang dibuai dengan dunia keseronokan, fantasi dan angan-angan akhirnya menyebabkan rakyat terikut sama hanyut bersama pemimpin Islam Hadhari ini yang sudah lupa daratan dan asal usul mereka sebagai Hamba Allah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59