Wednesday, 16 May 2007

AHLI PARLIMEN JASIN DAN SAMSENG, SAID YUSOF TAK MENGAKU MOHON MAAF



Ahli Parlimen Jasin SamsenG dan juga digelar badut sarkas, Mohd Said Yusof menafikan laporan yang disiarkan dalam The Star Online hari ini bahawa beliau telah memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa menghina wanita di Parlimen pada 9 Mei lalu.

Ketika dihubungi, Mohd Said berkata, beliau tidak pernah memohon maaf dan tidak akan memohon maaf berhubung kenyataan tersebut.

Mohd Said dan seorang lagi ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina Ahli Parlimen DAP dari Batu Gajah, Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) semasa perbahasan hangat tentang kebocoran di bangunan Parlimen.

Kedua-dua didakwa menuturkan perkataan "Mana ada bocor? Batu Gajah pun bocor tiap-tiap bulan juga" yang disifatkan oleh pihak pembangkang sebagai menghina kaum wanita.

Ketika dihubungi malaysiakini hari ini, Mohd Said menyifatkan kenyataan itu sebagai “sesuatu yang biasa berlaku dalam sidang Dewan Rakyat”.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Jasin itu berkata, beliau tidak kesal mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Dalam sidang dewan semua perkara boleh dibangkitkan…bermakna dia boleh kata saya dan saya kata dia.

Memang samseng lagaknya Ahli Parlimen sarkas ini. Orang Jasin kena fikir baik-baik ketika nak mengundi nanti, kalau pilih lagi wakil BN ini adalah akibatnya, memalukan kampung sendiri.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59