Friday, 11 May 2007

AHLI PARLIMEN BN DAN MENTERI SAMA-SAMA TIDAK BERADAB



Bung Moktar dilapor akhbar semalam sebagai berkata: "Mana ada bocor... Batu Gajah pun tiap-tiap bulan bocor juga", ketika YB Batu Gajah, Fong Po Kuan(Gambar) sedang membantah keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Lim Si Cheng untuk tidak membincangkan isu kebocoran di beberapa bahagian dalam bangunan Parlimen.

(Kenyataan Bung Moktar itu difahami sebagai merujuk kepada kitaran haid.)

Ucapan Bung Mokhtar Radin yang terkenal bermulut celupar ini sebenarnya amat memalukan lebih-lebih lagi ianya diucapkan pada sidang parlimen dan di dalam Parlimen yang mulia.

Adalah jelas Bung bercakap ikut sedap mulut menafikan kebocoran bangunan parlimen sedangkan ianya disahkan sendiri oleh pegawai-pegawai JKR. Sebaliknya beliau mengeluarkan ucapan yang 'kotor' tidak ada sesuai dengan 'standard' sebagai Ahli Parlimen. (Memang Bung ini TIDAK LAYAK JADI WAKIL RAKYAT)

Malangnya tindakan Bung ini disokong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang berkata setiap anggota Parlimen yang melangkah masuk ke Dewan Rakyat harus bersedia untuk menerima kenyataan berbentuk "gurauan" yang dibuat oleh rakan lain.


Beliau berkata keadaan itu adalah perkara biasa bagi menghidupkan suasana persidangan.

"Kita dalam Parlimen memang biasa mengeluarkan kata-kata macam-macam... kalau tidak, boring-lah nak baca semua ini. Bila ada orang bergurau, bolehlah gelak-gelak sikit.

"Saya sendiri pun ada kata, macam tadi saya kata Kepong (DAP-Dr Tan Seng Giaw) lelaki lembut, dia tak marah pun, tak ada kata itu menghina," katanya kepada pemberita di luar Dewan Rakyat di sini hari ini.

Inilah standard Menteri dan Ahli Parlimen BN Islam Hadhari yang tidak beradab dan tidak mahu mengaku kesalahan sendiri. Keceluparan dan kebiadapan mereka ini bertambah teruk kerana mereka mempunyai 'imuniti' disebabkan Speaker sering memihak kepada mereka.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59