Tuesday, 29 May 2007

84 ORANG REMAJA HADIRI SEMINAR KECEMERLANGAN REMAJA DPPBK HARI INI





Sebahagian dari remaja yang menghadiri program tersebut





SOLOK GAONG : Seminar Kecemerlangan Remaja yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil(DPPBK)di Madrasah Ar Rahmah di sini pagi ini, mendapat sambutan hangat apabila 84 orang remaja menghadirinya. Seminar yang bermula pada jam 8.00 hingga 4.30 petang tersebut mendapat sambutan di luar dugaan kerana sebelum ini pihak penganjur menganggarkan hanya 40-50 orang sahaja yang akan menyertainya.

Ketua Lajnah Pembangunan Remaja DPPBK, Khairuddin Ismail melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan kehadiran yang begitu ramai yang mencerminkan bahawa program PAS masih mendapat sambutan hangat walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan oleh pihak lawan.

"Insya Allah sambutan hebat ini akan mengujakan kami untuk meneruskan program pembangunan insan sebegini demi untuk mendidik anak-anak kita supaya menjadi insan yang cemerlang dari segi akademik dan akhlaq serta menjadi hamba Allah yang bertaqwa" ujar Khairuddin bersungguh-sungguh.

Menurut Khairuddin lagi pihak urusetia terpaksa menambah beberapa peralatan dan bekalan makanan untuk menampung kehadiran peserta yang di luar jangkaan ini.

Program ini merupakan progam yang kedua pernah dianjurkan oleh DPPBK selepas program pertama Mac tahun lalu di mana jumlah pentertaannya adalah 50 orang.

Beberapa modul dibentangkan pada seminar tersebut dengan menekankan kepada melahirkan remaja yang berfikiran positif, berakhlaq mulia dan bertaqwa.




Hassan dan adiknya Hussin








Salah seorang peserta yang ditemui iaitu Hassan Mohd Ali, 13 menyatakan bahawa beliau begitu gembira dapat bersama-sama menghadiri seminar yang amat berguna kepada remaja dan pelajar.

"Saya mendapat banyak maklumat dan ilmu dari program ini" kata Hassan yang datang bersama adiknya Hussin.

Sementara beberapa orang ibubapa yang ditemui juga melahirnya rasa gembira dan berterimakasih kepada Dewan Pemuda PAS Bukit Katil yang menganjurkan program ini.



Affandy Abdul Wahab





Salah seorang bapa yang bersama-sama dengan anaknya mengikuti program ini, Affandy Abdul Wahab, 40 mengharapkan program seumpama ini diadakan dari masa ke semasa kerana katanya remaja perlu selalu diperingatkan tentang kepentingan belajar dan berakhlaq.

"Kadang-kadang golongan remaja ini lebih percaya kepada guru-guru atau orang lain dari ibubapa mereka, jadi dengan adanya program sebegini Insya Allah ianya akan memberikan impak yang baik kepada remaja" kata Affandy yang datang bersama-sama anaknya yang berusia 13 tahun.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59