Wednesday, 16 May 2007

2 AHLI PARLIMEN 'SARKAS' MOHON MAAF



KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen 'Sarkas' yang menerima kecaman hebat kerana membuat kenyataan menghina wanita di Dewan Rakyat minggu lepas memohon maaf hari ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin (Setaraf dengan JKKK) dan Ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof(Samseng kampung dusun) menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf dari Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan serta golongan wanita di Malaysia atas kenyataan tersebut.

Kontroversi berkenaan tercetus semasa pihak pembangkang cuba membentang usul mengenai kebocoran yang berlaku di bangunan Parlimen.

Bung dan Mohd Said dilaporkan berkata: "Mana bocor? Batu Gajah pun bocor setiap bulan."

Kedua-dua Ahli Parlimen memang tidak layak duduk di Parlimen kerana sentiasa merapu, bercakap ikut sedap mulut, emosional dan kaki bodek membabi buta. Mereka ini juga layak dipanggil 'badut sarkas'.

MEMALUKAN ORANG MELAKA DAN SABAH JE.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59