Tuesday, 10 April 2007

UMNO TERUS LAKUKAN MAKSIAT SETELAH 50 TAHUN MEMERINTAH - TUAN IBRAHIM


DURIAN TUNGGAL - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan bahawa Umno terus melakukan maksiat setelah 50 tahun memerintah dan tidak ada tanda-tanda Umno mahu kembali kepada Islam. Sebaliknya mereka terus melakukan maksiat dan kemungkaran dengan memberikan lesen judi, arak, membiarkan perzinaan, dadah, gejala sosial terus meningkat dari masa ke se masa.

"Maka sesiapa yang bersekongkol dan mengundi mereka, orang itu turut sama berkongsi dosa Umno" tegas Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.


"Kes-kes jenayah semakin meningkat, sebagaimana laporan akhbar hari ini (semalam) yang menunjukkan bahawa kes jenayah di Kuala Lumpur meningkat 40 % dalam 3 bulan pertama tahun ini" tambah beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ceramah anjuran Majlis Tindakan DUN Durian Tunggal di Sekolah Agama Al-Munawwarah di sini malam tadi.

Beliau seterusnya menyatakan kekesalan kerana rakyat terus memberikan kepercayaan kepada Umno walaupun jelas Umno jauh menyimpang dari landasan Islam sebenar.

"Umno terus melakukan maksiat setelah 50 tahun memerintah. Berapa ramai anak luar nikah dilahirkan, berapa banyak kes zina berlaku, berapa ramai orang Islam yang murtad sepanjang 50 tahun Umno memerintah. Cukuplah, jangan dibiarkan mereka terus memerintah dan menghancurkan negara" tegas beliau lagi.

Dalam ucapannya beliau menggariskan 3 perkara yang perlu dilakukan oleh ahli-ahli dan penyokong PAS iaitu bekerja kuat untuk memenangkan Islam; menggerakkan anak-anak untuk bersama-sama dengan perjuangan dengan mendaftarkan mereka menjadi ahli; berserah kepada Allah dengan meningkatkan ketaqwaan seperti sembahyang malam dan sebagainya.

"Insya Allah dengan komitmet dan kerja kuat kita semua, Allah memberikan kemenangan kepada Islam dan kita semua di dunia dan akhirat" kata beliau mengakhiri ceramah beliau.

Ceramah tersebut yang sepatutnya di adakan di Bilik Gerakan Kg Belimbing Dalam terpaksa dipindahkan ke Sekolah Agama Al Munawwarah kerana hujan lebat yang turun awal petang semalam. Turut menyampaikan ceramah ialah Ustaz Wan Zahidi Wan Ismail Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59