Friday, 6 April 2007

UMNO KUALA SELANGOR TAK PERLU SIBUK DESAK NAK BERTANDING


Umno Kuala Selangor tidak perlu sibuk dan bersusah payah untuk mendesak Khir Toyo mengembalikan kerusi DUN Ijok kepada Umno kerana tuntutan itu sudah pasti akan ditolak. Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa Umno amat takut bila berhadapan dengan MIC, MCA dan Gerakan. Jangankan kerusi Ijok hendak dirampas dari MIC kerusi yang Umno pegang pun mungkin digadaikan kepada MIC, MCA dan Gerakan jika ada desakan dari parti-parti komponen tersebut.

Lihat sahaja kes Pulau Pinang walaupun Umno mempunyai kerusi yang lebih dari parti lain, kerusi Ketua Menteri tetap di'gadai'kan kepada Gerakan. Umno begitu takut nak menuntut kerusi tersebut umpama tikus takut kepada kucing.

Hari ini Umno Kuala Selangor konon-kononnya ingin menuntut kerusi tersebut dari MIC. Media melaporkan bahawa Umno bahagian Kuala Selangor akan mendesak Badan Perhubungan Umno negeri itu supaya meletakkan calon dari Umno bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

Sehubungan itu, satu delegasi dari bahagian berkenaan akan menemui Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo selaku Pengerusi Umno dan BN negeri untuk menyampaikan hasrat tersebut.

Ketua bahagian tersebut, Datuk Amerudin Setro memberitahu malaysiakini, mengikut bancian Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada Disember lalu, 50.6 peratus atau 5,000 pengundi adalah Melayu, dengan 28 peratus India dan 20.9 peratus lagi Cina.

Berdasarkan fakta tersebut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram berkata, sewajarnya BN meletakkan calon dari Umno untuk bertanding kerusi DUN Ijok, khususnya dalam pilihanraya kecil ini.

Selama ini, katanya, kerusi DUN Ijok ditandingi oleh calon dari MIC kerana kawasan itu mempunyai jumlah pengundi India teramai di Selangor.

Amerudin berkata, pihaknya akan menemui Dr Mohd Khir sebaik sahaja beliau kembali dari lawatan dari ke luar negeri awal minggu depan.

“Umno bahagian bukan mahu merampas kerusi Ijok yang ditandingi calon MIC sejak pilihanraya umum yang pertama lagi, tetapi penduduk akar umbi mahukan perubahan.

“Lagipun kerusi Ijok majoritinya penduduk Melayu, sudah tiba masanya kerusi itu diwakili oleh orang Melayu,” katanya.

Amerudin berkata, pihaknya pernah menyuarakan hasrat untuk mendapatkan kerusi Ijok sejak pilihanraya 1999 lagi.

Bagaimanapun, katanya, pucuk pimpinan BN yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abu Hassan Omar yang juga Menteri Besar Selangor ketika itu, mahu kerusi tersebut kekal diwakili MIC.

Beliau mendakwa, pengaruh MIC di Ijok memang besar tetapi sejak akhir-akhir ini mereka berpuak-puak dan ini boleh menjejaskan sokongan kepada BN.

Kerusi Ijok kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk K Sivalingam kelmarin. Beliau telah mewakili kawasan pilihanraya Ijok selama tiga penggal.

Sivalingam juga merupakan Timbalan Pengerusi MIC Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perpaduan dan Pekerja Ladang Selangor.

Ijok merupakan kawasan pertanian komersil, terutama ladang kelapa sawit dan getah yang luas, selain menempatkan kawasan perindustrian baru di Selangor.

Sivalingam mengekalkan kerusi Ijok dalam pilihanraya umum 2004 dengan menewaskan calon Keadilan, Abdul Rahman Moharam dengan majoriti 1,649 undi

KITA TUNGGU DAN LIHAT. TETAPI KITA SEMUA DAH TAHU UMNO MEMANG PENAKUT DAN SERING MENGGADAIKAN MARUAH ORANG MELAYU. JADI UMNO KUALA SELANGOR TAK PAYAH BERANGAN-ANGANLAH KAMU SENDIRI PUN BUKANNYA ADA PRINSIP BILA KENA GERTAK DI KHIR TOYO DAN PAK LAH MAKA MENIKUSLAH KAMU NANTI

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59