Tuesday, 24 April 2007

TV3 TERUS JADI TUKANG KEMPEN BN


TV3 suku wajar di boikot kerana sejak dari dahulu sehingga sekarang terus menjadi 'tukang kempen' nombor 1 BN pada setiap pilihanraya. Buletin 1.30 tengahari tadi sekali lagi TV3 suku terus memainkan peranan 'menjilat' pemimpin dan Calon BN, Parthiban apabila menayangkan kebaikan Parthiban yang sangat menyayangi orang tua dan sentiasa membantu rakyat.

Parthiban ditemuramah oleh wartawan TV3 suku Teynmoli Subramaniam tentang bagaimana sayangnya Parthiban kepada mendiang kedua orang tuanya. Parthiban juga digambar sangat prihatin kepada masalah rakyat.

Inilah TV3 suku yang peranannya semakin hari semakin meloyakan kita apabila sentiasa 'menjilat' apa juga tindakan pemimpin Islam Hadhari. TV3 suku, Utusan Meloya dan Berita Hairan dan lain-lain langsung tidak menunjukkan sifat demokrasi dalam media.

Kalaupun TV3 suku sesekali menayangkan berita tentang pembangkang, berita tersebut hanyalah menguntungkan BN dan kerapkali ucapan dan pandangan pemimpin pembangkang ditayangkan sekerat jalan dan belum habis ayatnya ia dipotong.

Memang wajar rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi memboikot TV3 suku dan Media Prima syarikat induk TV3 dan sekutunya NTV7, TV8 dan TV9.

BOIKOT TV3.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

monsieur said...

tapi camner aku nk tgk UEFA champions league pagi nanti kalo aku boikot media prima...... heeee........


p/s sekadar btanya :D

Anonymous said...

Tak heran TV3 buat liputan camtu..die ingat kite hidup zaman batu agaknya. Prestasi menjijikkan TV3 ini dengan jelas telah membuka pintu-pintu rezeki yang tidak diredhai Allah kepada seluruh warga kerja TV3. Cuba fikir kenapa kalau Allah turunkan bala semua akan terkena?? Tapi tak mengapa..tak semua org TV3 yang berfikiran macam orang-orang ameno. Kepada kakitangan TV3 yang bertugas dengan baik teruskan usaha anda dan buat "sesuatu" untuk menyelamatkan Malaysia...lawan tetap lawan!!

Anonymous said...

TV3 TERUS JADI BARUA BN

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59