Thursday, 26 April 2007

TANGKAP PENGUNDI HANTU : ARAHAN PIMPINAN PKR


Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengarahkan jentera pilihanrayanya di semua peringkat supaya bersedia untuk membuat tangkapan awam bagi membanteras kegiatan pengundi hantu pada hari pengundian pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok Sabtu ini.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, tindakan itu penting bagi memastikan pengundi hantu ini tidak mempengaruhi keputusan pilihanraya kecil tersebut.

Katanya, jentera pilihanraya PKR di semua peringkat bersedia untuk melakukan tangkapan awam jika melihat atau bertemu dengan orang yang memiliki Kad Pengenalan milik individu lain, memungut Kad Pengenalan milik orang lain dan menawarkan wang untuk mendapatkan Kad Pengenalan orang lain.

Selain itu, katanya, sebagai langkah tambahan, PKR juga akan meletakkan beberapa petugas khas bersama kamera video di semua tempat pembuangan undi bagi merakam semua aktiviti proses pembuangan undi.

“Ini bagi memastikan kita dapat mengumpul bukti terhadap mereka yang cuba mengundi bagi pihak orang lain pada hari berkenaan,” katanya.

PKR mendahului?

Pilihanraya kecil Ijok menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan calon Barisan Nasional (BN), K Parthiban.

Kerusi itu kosong ekoran kematian menyandangkan Datuk K Sivalingam pada 4 April lalu.

Menurut Tian Chua lagi, berdasarkan culaan-culaan terakhir, PKR setakat ini telah mendahului BN.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi, BN sedang mempersiapkan pengundi hantu untuk dibawa masuk bagi memastikan PKR kalah.

“Kami tidak yakin dengan daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana kami telah mengenalpasti sekurang kurangnya 1,187 nama pengundi yang tidak wujud dalam DUN Ijok dalam daftar pemilih tersebut,” katanya.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59