Monday, 23 April 2007

SUKAN MINI PASTI KAWASAN BUKIT KATIL MERIAH





Berentap dengan hebat



Ibu bapa memberikan sokongan kepada anak masing-masing



Johan dan Naib Johan acara Bolasepak bersama Pengurus, Guru-guru dan Jurulatih masing-masing



Para peniaga sibuk melayan pelanggan di gerai.









SOLOK GAUNG, BUKIT LINTANG 23 APRIL : Sukan Mini PASTI anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil dan PASTI Kawasan telah berlangsung dengan meriah di sini semalam. Sebanyak 8 pasukan bolasepak dan 6 pasukan bolajaring yang mewakili hampir kesemua PASTI dalam kawasan Bukit Katil telah mengambil bahagian.
Pengarah Program, Jusri Jaafar berkata Sukan PASTI tahun lebih meriah dari tahun lalu kerana kehadiran ibubapa lebih ramai berbanding tahun-tahun lepas.

"Insya Allah kita akan mengadakan sukan tahunan ini dengan lebih baik tahun depan memandangkan ianya amat penting demi untuk mendekatkan PASTI dengan masyarakat serta mengeratkan silaturrahim ibubapa pelajar dengan PAS" kata Jusri yang juga Setiausaha DPP Kawasan Bukit Katil.

Dalam acara Bolasepak, PASTI Al-Kauthar dari Ayer Keroh telah menjadi johan selepas menewaskan PASTI Seri Jati dari Sg Putat dengan jaringan 1-0. Tempat ketiga disandang oleh PASTI As-Solehah dari Taman Merdeka.

Manakala acara Bolajaring dimenangi oleh PASTI Ar-Rahmah Solok Gaung dan Naib Johan dimemangi oleh PASTI Al-Ikhwan dari Melaka Baru.

Pertandingan telah diadakan di Perkarangan Maahad Ar-Rahmah Solok Gaung. Perasmian penutupnya telah disempurnakan oleh Saudara Kadir Dewa, Pengarah PASTI Melaka yang juga Timbalan Pengarah PASTI Pusat. Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Ustaz Kamaruzaman Abdul Rahim, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Mohd Ali Sharif; Setiausaha PAS Kawasan, Hj Salamat Aman; Timbalan Ketua DPP Kawasan, Ustaz Hj Abu Bakar Ramli, AJK PAS Kawasan dan Dewan-Dewan Pemuda dan Muslimat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59