Thursday, 26 April 2007

SUATU HARI NANTI RAKYAT AKAN DOAKAN ADUN MATI CEPAT UNTUK DAPAT PEMBANGUNAN



Kematian untuk sebuah pembangunan

Sepanjang penulis membuat liputan di Ijok, penulis dapat melihat beberapa kawasan yang dahulunya tidak pernah diambil kira oleh pemerintah untuk dibangunkan,. tetapi kini kawasan-kawasan tersebut mula menerima rahmat pilihan raya kecil Dun Ijok.

Wang sejumlah RM36 juta yang diumumkan untuk membangunkan Ijok oleh BN sememangnya rahmat kepada penduduk Ijok bagaimanapun jika memegang kepada kata-kata Pengerusi Impak, Haji Mahfuz Omar dalam satu kenyataannya, bahawa pembangunan melimpah akan disalurkan kerajaan ke mana-mana kawasan jika adanya pilihan raya kecil.

Beliau bimbang jika inilah kaedah yang boleh membantu rakyat untuk mendapat pembangunan, tidak mustahil satu hari nanti rakyat akan terus menunggu dan mendoakan Adun mereka meninggal dunia demi untuk mendapatkan pembangunan.

Lebih parah lagi jika kempen BN dengan menggunakan peruntukan pembangunan ini menjadi 'trend' Mahfuz berkata, mungkin suatu hari nanti ada pihak yang sanggup membunuh Adun demi kerana inginkan pembangunan.

Mahfuz bagaimanapun tidak mahu keadaan yang dibayangkan itu menjadi kenyataan satu hari nanti kerana jika demikian, sudah pasti akan wujud satu hari nanti keadaan dimana pemimpin politik tidak mahu lagi bertanding pilihan raya kerana takutkan adanya unsur khianat oleh pihak tertentu.

Petikan berita dari Harakahdaily di atas jelas membuktikan bahawa wakil rakyat yang mati lebih baik dari yang hidup kerana dengan kematian wakil rakyatlah sesuatu DUN itu akan mendapat peruntukan pembangunan yang melimpah ruah. Masjid dan surau lama dibaiki atau di buat yang baru; jalan buruk dibaiki; rumah bocor ditukar atap; bantuan datang secepat kilat dan bermacam-macam lagi nikmat pembangunan akan datang.

Kalau wakil rakyat masih hidup amat susah untuk mendapat peruntukan membaiki jalan, membaiki surau dan sebagainya.

KESIMPULANNYA WAKIL RAKYAT MATI LEBIH BAIK DARI WAKIL RAKYAT HIDUP. MUNGKIN SUATU HARI NANTI AKAN ADA RAKYAT YANG BERDOA SUPAYA WAKIL RAKYAT MATI ATAU YANG LEBIH PARAH LAGI AKAN ADA INDIVIDU YANG SANGGUP MEMBUNUH WAKIL RAKYAT UNTUK MENDAPAT PEMBANGUNAN.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59