Monday, 23 April 2007

SPR BAGAI TUNGGUL KAYU TAK ADA MATA DAN TELINGA



SPR terus menjadi tunggul kayu seolah-olah tidak mempunyai mata dan telinga apabila membiarkan sahaja kerajaan BN menggunakan wang untuk merasuah pengundi di Ijok. Secara terang-terang Khir Toyo membuat kenyataan bahawa sejumlah RM36 juta diperuntukkan untuk DUN Ijok sehari dua selepas kematian K. Sivalingam, bekas YB Ijok. Namun SPR tetap membisu seribu bahasa.

Hari ini Pengerusi DAP, Lim Kit Siang mendakwa bahawa kerajaan BN membelanjakan RM100 juta untuk berkempen di Ijok termasuk peruntukan RM36 juta tersebut.

Lim dipetik dari Malaysiakini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuktikan komitmennya dalam mengadakan pilihanraya yang adil dan bersih, dengan mengambil tindakan untuk membanteras politik wang yang didakwa berleluasa dalam pilihanraya kecil Ijok, yang mencecah RM100 juta.

Dalam membuat gesaan tersebut, Ketua Pembangkang itu mempertikaikan kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman – dalam temubual dengan Mingguan Malaysia semalam – yang menafikan tanggapan umum bahawa SPR tidak adil, tidak bebas dan tidak telus dalam mengendalikan pilihanraya.

Menurut Lim, bagaimanakah SPR mendakwa ia mengendalikan pilihanraya yang adil dan telus pada masa lalu sedangkan wujud kecacatan yang tidak ditangani seperti berikut:

Parti pembangkang tidak dibenar menghantar ejen menyelia pembuangan undi pos oleh anggota polis dan pasukan keselamatan bagi memastikan ia dijalankan secara adil dan bebas.

Tidak mampu memastikan senarai pemilih yang komprehensif dan inklusif dengan peratus tertinggi pengundi yang layak, memandangkan terdapat 4.9 juta yang belum mendaftar.

Melarang liputan media yang berat sebelah, tidak jujur dan tidak benar, sama ada di media cetak, radio atau televisyen sewaktu kempen pilihanraya, seperti penyiaran kartun tidak beretika, tulisan, siaran serta iklan untuk “menakutkan” pengundi terhadap pembangkang.

Melarang amalan politik wang, bukan sahaja oleh calon-calon, tetapi itu juga oleh parti-parti politik.

Melarang penyalahgunaan sumber-sumber dan dana kerajaan sewaktu kempen pilihanraya.

Tempoh kempen pilihanraya yang singkat yang sentiasa diputuskan oleh Perdana Menteri apabila beliau membubarkan Parlimen, sedang ia merupakan hak eksklusif SPR bagi memastikan sebuah pilihanraya yang "bebas, adil dan bersih".

Penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan ‘sementara’ dengan memberi peruntukan dan membuat janji-janji pilihanraya berhubung projek-projek pembangunan, atau penyalahgunaan kuasa oleh menteri kerajaan ‘sementara’ dengan menggunakan wang rakyat untuk berkempen seperti bagi kos perjalanan serta penyalahgunaan sumber-sumber awam.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59