Monday, 23 April 2007

'SIGNAL' SUPAYA BA KERJA LEBIH KUAT



Bila membaca berita yang dimuatkan oleh Mstar Online 21 April lalu, tergambarlah dalam fikiran saya bahawa, BA kena bekerja dengan lebih kuat kerana peluang untuk memenangi DUN Ijok masih terbuka luas. Bayangkan kalau Timbalan Presiden MCA, Chan Kong Choy pun mengaku bahawa pengundi Cina belum membuat keputusan untuk mengundi Calon mana seperti yang dimuatkan dalam berita Mstar Online tersebut. (Saya muatkan berita itu di bawah ini).

JADI PETUGAS BA MESTI BEKERJA KUAT UNTUK MENDEKATI SEMUA PENGUNDI KERANA PELUANG SANGAT CERAH.

BERITA MSTAR ONLINE 21 APRIL

KUALA SELANGOR: Dakwaan ada segelintir pengundi Cina merajuk dan enggan lagi menyokong calon kerajaan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok hanyalah dakyah pembangkang untuk menarik sokongan pengundi Cina terhadap mereka.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chan Kong Choy berkata dakwaan kononnya pengundi Cina di Ijok kecewa kerana pembangunan yang dijanjikan sejak sekian lama hanya tiba bila ada pilihan raya kecil adalah tidak benar sama sekali.

"Malah MCA yakin dapat menambah jumlah undi pengundi Cina kerana ramai penduduk yang kita jumpa berpuas hati dengan apa yang dilaksanakan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan MCA di Kampung Baru Ijok, di sini hari ini.

Chan yang juga Menteri Pengangkutan berkata maklum balas penduduk tempatan terutama pengundi amat menggalakkan dan ramai yang berjanji untuk menyokong calon Barisan Basional (BN), K. Parthiban, 38.

"Cuma ada segelintir pengundi Cina yang memberitahu mereka masih belum membuat keputusan untuk memilih wakil rakyat mana. Sebab itu MCA akan bekerja lebih kuat untuk memastikan mesej yang betul diterima penduduk di Ijok dan mereka tidak keliru dengan dakyah pembangkang," katanya.

Chan berkata MCA akan memastikan seramai 2,530 pengundi Cina berdaftar di Ijok termasuk kira-kira 21 peratus yang berada di luar kawasan, mengundi pada 28 April ini.

Katanya setakat ini kerja kempen MCA berjalan lancar dan ditumpukan di dua kawasan iaitu Batang Berjuntai dan Ijok.

"MCA juga telah menyusun dan memulakan banyak program termasuk kempen dari rumah ke rumah," katanya.

Bagi pilihan raya kecil Ijok pada 28 April ini, Parthiban, 38, akan dicabar oleh pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, 61.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan berkenaan yang juga anggota exco kerajaan Selangor, Datuk K. Sivalingam, di Chennai, India akibat sakit jantung pada 4 April lepas.

Pada pilihan raya umum 2004, Sivalingam menang dengan majoriti 1,649 undi mengalahkan calon Keadilan Abdol Raman Moharam dan calon bebas Mohamed Shariff Nagoorkani.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59