Wednesday, 18 April 2007

SEMUANYA KERANA IJOK : 3 PEMIMPIN ISLAM HADHARI TERPAKSA BERLAKON BERBAIK-BAIK


Gara-gara terjadinya Pilihanraya Kecil Ijok, maka terpaksalah 3 orang kuat Islam Hadhari Bahagian Kuala Selangor berlakon untuk berbaik semula. Semua itu hanyalah lakonan untuk mengabui mata penyokong-penyokong mereka. Kalau Pilihanraya Kecil ini tidak berlaku jangan harap untuk mereka bersalam-salam dan 'berbaik' semula.


Semuanya gara-gara Ijok. Satu pertemuan antara Khir Toyo dengan tiga pemimpin terbabit – Ahli Parlimen Kuala Selangor, Daud Tarihep; Ketua Umno bahagian itu, Datuk Ameruddin Setro dan Timbalannya, Mohamed Sayuti Said – diadakan minggu lalu.

Ameruddin dan Mohamed Sayuti masing-masing merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Jeram dan Bukit Melawati dalam Parlimen Kuala Selangor.

Krisis antara mereka tercetus sewaktu berlakunya pertandingan jawatan peringkat bahagian Kuala Selangor pada 2004.

"Dr Mohd Khir meminta kami bertiga supaya berdamai dan melupakan sengketa lama terutama menjelang pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok 28 April ini,” kata Daud ketika ditemui malaysiakini semalam.

"Saya sedia berdamai dengan Ameruddin dan Mohamad Sayuti tetapi perlu sepanjang masa dan bukannya kerana pilihanraya kecil Ijok sahaja ," kata Daud (foto) selepas majlis pengumuman calon BN Ijok semalam. Kata-kata Daud ini jelas menunjukkan bahawa ada-ada unsur-unsur tidak baik masih membelenggu hubungan mereka bertiga. Mungkin mereka terpaksa berlakon demi untuk memenangkan BN di Ijok. Kalau tidak jangan harap mereka nak berdamai.

Sebab itu pada setiap kali Pilihanraya Kecil maka ramailah pelakon-pelakon drama yang lahir.

Ada yang tak pernah pakai tudung terpaksa berlakon pakai tudung seperti semasa kempen Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir. Ada yang jarang pakai kopiah bukan hebatnya pakai kopiah. Ada yang jarang ke surau dan masjid bukan main alim lagi duduk di saf depan semasa solat Jumaat. Ada yang tidak pernah berselut dan berlumpur terpaksa menyinsing seluar dan baju bermain lumpur. Pendekata pelbagai watak dan adengan dapat kita lihat semasa tempoh berkempen ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59