Wednesday, 25 April 2007

SELANGOR CATAT REKOD JENAYAH PALING TINGGI TAPI POLIS SIBUK GANGGU CERAMAH BA DI IJOK



Selangor mencatatkan rekod kejadian jenayah paling banyak sepanjang tahun lepas dan secara keseluruhannya perbuatan jenayah kekerasan dan harta benda di seluruh negara meningkat kepada 198,622 kes, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata statistik yang dikeluarkan Ibu pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan jumlah kes jenayah yang dilaporkan tahun lepas jauh meningkat berbanding 157,459 dalam tahun 2005 dan 156,455 kes pada 2004.

Tetapi malangnya Musa Hassan dan kuncu-kuncunya masih sibuk mengganggu ceramah BA di Ijok. Sepatutnya Musa Hassan mengarahkan Polis Selangor menumpukan perhatian menangani masalah jenayah bukannya mengganggu ceramah BA seperti yang mereka lakukan di Ijok sekarang.

Nampaknya Polis Malaysia sekarang seolah-olah bingung tidak tahu membezakan penjenayah dan ahli politik. Polis seolah-olah merasakan ahli politik pembangkang lebih bahaya dari penjenayah sebab itu mereka lebih bersungguh bertindak kepada pembangkang dari penjenayah. Ini semua disebabkan Polis Malaysia tidak professional dan seringkali berpihak kepada pemerintah BN.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Alexander Nata Linggi (BN-Kapit) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, berkata jenayah kekerasan tahun lepas ialah sebanyak 42,343 kes berbanding 22,133 dalam tahun 2005 manakala jenayah harta benda 156,279 kes berbanding 135,326 kes tahun 2005.

Alexander dalam soalannya meminta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan indeks jenayah selama lima tahun (dari tahun 2002 hingga 2006).

Abdullah berkata jenayah kekerasan yang dimaksudkan ialah bunuh, rogol, cabul kehormatan, samun termasuk menggunakan senjata api, pemerasan, ugut jenayah, merusuh dan mencederakan.

Beliau berkata Selangor mencatatkan jenayah kekerasan paling tinggi tahun lepas sebanyak 12,395 kes, diikuti oleh Johor (6,617) dan Kuala Lumpur (6,091).

Katanya jenayah harta benda pula terdiri daripada perbuatan curi harta benda, curi kenderaan, ragut dan pecah rumah.

Tiga negeri yang sama mencatatkan kes jenayah harta benda paling banyak iaitu Selangor 41,875, Johor (21,852) dan Kuala Lumpur (19,145).

Sementara itu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa pihak polis supaya berhenti mengganggu aktiviti parti tersebut di pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau terkejut dengan gangguan-gangguan terhadap ceramah PKR sejak beberapa hari kebelakangan ini.

"Ahli-ahli parti kami telah diancam akan ditangkap oleh polis sewaktu mengadakan ceramah.

"Tetapi apabila ahli-ahli kami diancam dicederakan oleh samseng Barisan Nasional sewaktu mengadakan kempen dari rumah ke rumah, tiada sebarang tindakan yang diambil,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, menurut kenyataan tersebut, pengeluaran permit untuk ceramah sewaktu pilihanraya tidak pernah berdepan dengan sebarang masalah.

Polis juga, katanya, cuba menghentikan ceramah oleh Wan Azizah di Pekan Batang Berjuntai, Jalan Besar.

"Saya menggesa pihak polis supaya bersikap profesional dan tidak memihak.

"Saya bimbang tindakan ganas dan gangguan terhadap pekerja dan penyokong parti kami akan bertambah dalam tempoh beberapa hari ini,” kata Wan Azizah lagi.

Jaga kepentingan rakyat

Katanya, pihak polis sepatutnya berkhidmat menjaga kepentingan rakyat, dalam kes ini, penduduk Ijok, yang mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat.

Menurut kenyataan itu lagi, pada malam Selasa lalu, pihak polis cuba menghentikan sekurang-kurangnya empat ceramah PKR di Ijok. Pada malam Isnin, para pegawai polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengerumuni sebuah ceramah PKR dan berusaha untuk menghentikannya.

Menurutnya, alasan yang diberikan oleh pihak polis kepada peguam PKR pada malam itu ialah Umno juga menganjurkan satu majlis di Batu 4 dan di Jalan Besar di Pekan Batang Berjuntai dan jalan tersebut sempit untuk menampung orangramai.

Pihak polis juga, kata kenyataan itu lagi, berkata ceramah di Restoran Hai Ye Tian di Simpang 3 Pekan Ijok akan menyebabkan kesesakan lalulintas manakala satu lagi ceramah yang diadakan di Padang Taman Muhibah di Sungai Darah bertembung dengan majlis taklimat yang diadakan Jabatan Penerangan.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, ceramah PKR telah menarik lebih seribu orang setiap malam di banyak tempat yang diadakan, termasuk ceramah yang diganggu oleh pihak polis, tanpa menyebabkan masalah lalulintas atau mengganggu ketenteraman awam.

Malam tadi, barisan pemimpin DAP turun ke Ijok untuk membantu kempen calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim. Mereka terdiri daripada Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen DAP – Chong Chong Eng Fong Po Kuan, Dr Tan Seng Giaw – dan Adun DAP Sekincan, Ng Swee Lin.

Turut sama ialah Ahli Parlimen PAS, Salahudin Ayub, yang juga ketua Dewan Pemuda PAS pusat.

Petikan Mstar dan Malaysiakinis

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59