Wednesday, 4 April 2007

SATUI LAGI PILIHANRAYA KECIL



Kempen Pilihanraya Kecil Machap baru bermula, satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku kali ini di Selangor apabila Exconya K. Sivalinggam meninggal dunia di Chennai India hari ini.

Sivalingam yang berusia 59 tahun, mempunyai sejarah sakit jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan pada 1992.

Menurut anggota keluarganya, Sivalingam meninggal dunia di Lapangan Terbang Chennai setibanya dari Kuala Lumpur pada jam 10.40 pagi waktu di India (1.10 petang waktu Malaysia). Chennai terletak dalam Tamil Nadu, di selatan India.

Bernama memetik pegawai pejabat Pesuruhjaya Malaysia di Chennai sebagai berkata, Sivalingam tidak sedarkan diri ketika berada di lapangan terbang itu dan dikejar ke hospital berhampiran.


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berkata, pilihanraya kecil akan diadakan di Ijok kerana kekosongan itu berlaku dalam tempoh tiga tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Mendiang mewakili kawasan pilihanraya Ijok selama tiga penggal dan merupakan ahli exco bagi portfolio perpaduan dan pekerja ladang, serta menganggotai jawatankuasa pusat MIC.

Sivalingam memenangi kerusi Ijok pada Pilihnaya Umum 2004, selepas menewaskan calon Keadilan, Abdul Rahman Moharam dengan majoriti 1,649 undi

Ijok merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu (50.6%), India(28%) dan pengundi Cina(20.9%).

Sivalingam mula terpilih sebagai Adun 1990 selepas memenangi kerusi Seri Cahaya di Selangor.

Pada 1995, mendiang bertanding di DUN Ijok, sebuah kerusi baru, dan menang selesa dengan menewaskan calon DAP. Mendiang berjaya mengekalkan kerusi tersebut pada 1999, sekali lagi dengan menewaskan calon DAP.

Sivalingam dilantik sebagai ahli exco kerajaan negeri pada 1997

Pada tahun 2004, beliau sekali lagi berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Keadilan dan seorang calon bebas.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59