Tuesday, 3 April 2007

SATU LAGI PROJEK BESAR KERAJAAN ISLAM HADHARI TERBENGKALAI



BALING – Satu demi satu projek besar kerajaan Islam Hadhari terbengkalai atau tidak dapat disiapkan mengikut jadual. Hari ini media menyiarkan bahawa Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling yang dianggarkan menelan belanja RM39.5 juta terbengkalai selepas gagal disiapkan mengikut jadual.

Nampaknya cakap-cakap bahawa kerajaan Islam Hadhari pimpinan Imam Al Badawi merupakan kerajaan yang cekap dan mempunyai sistem pemantauan yang berkesan, hanyalah cakap-cakap kosong ibarat 'masuk bakul angkat sendiri'.

Media difahamkan Kompleks IPD seluas 3.67 hektar yang terletak di Lot 3319 dan 4662, Charok Nau, Mukim Pulai itu terbengkalai walaupun hampir 95 peratus daripada projek itu telah disiapkan.

Keadaan tersebut menyebabkan sebahagian besar pegawai dan anggota polis di daerah berkenaan bertugas dalam keadaan ruang pejabat yang kurang selesa.

Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Zainal Tahir ketika dihubungi mengesahkan masalah yang menimpa kompleks tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana katanya, masalah itu di luar bidang kuasanya.

Mengapa projek ini terbengkalai? Ini persoalannya. Mungkin selepas ini Samy Vellu akan menjawab dengan skrip filem Tamilnya yang memang sudah lama digunapakai oleh beliau bila berhadapan dengan isu sebegini.

Berdasarkan perancangan asal, projek yang mula dibina pada Mei 2003 itu sepatutnya disiapkan menjelang 4 Mei 2005.

Bagaimanapun, ia terpaksa dilanjutkan sebanyak dua kali dan sehingga kini masih belum menunjukkan tanda ia dapat disiapkan.

Projek yang terletak kira-kira dua kilometer dari pekan Baling itu dilengkapi blok bangunan pentadbiran, balai polis, stor barang-barang kes dan 177 unit kediaman untuk pegawai dan anggota.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hassan ketika ditemui berkata, projek berkenaan kini diletakkan di bawah pengawasan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN).

“Memang benar projek Kompleks IPD terbabit terbengkalai sejak dua tahun lalu dan saya sendiri pun tidak tahu bilakah ia akan dapat disiapkan.

“Keadaan ini menimbulkan kesulitan bukan saja kepada anggota polis tetapi juga orang ramai yang berurusan di IPD lama yang kini mempunyai ruang amat sempit,’’ katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59