Wednesday, 18 April 2007

'SANTA KLAUS' BAWA RM36 JUTA PROJEK UNTUK DIAGIHKAN KEPADA PENDUDUK IJOK



Seperti juga pada pilihanraya-pilihanraya lain, 'Santa Klaus' akan turun memberikan hadiah dan habuan kepada pengundi bagi memancing undi. Pelbagai bentuk hadiah, bantuan dan projek akan diagihkan oleh 'Santa Klaus' kepada pengundi-pengundi di DUN terbabit.

Maka mana-mana pengundi yang tidak mempunyai harga diri dan maruah akan bersegera berjumpa dengan 'Santa Klaus' dan mengangakan mulut mereka luas-luas atau 'mendepangkan' tangan mereka besar-besar untuk memakan dan menelan habuan dan hadiah yang akan diberikan oleh 'Santa Klaus'. Selepas memberikan hadiah 'Santa Klaus' akan berkata "kamu sudah ambil wang, projek, habuan dari aku maka kamu kena undi BN pada hari pengundian nanti. Maka pengundi tadi mengangguk tanda setuju untuk di'jual' umpama ayam diletakkan di dalam bekas untuk dijual di pasar.

Bagi pengundi yang cerdik dan ada harga diri mereka mungkin akan mengambil pemberian 'Santa Klaus' tetapi mereka tidak akan menjual maruah mereka. Mereka tetap dengan pendirian mereka mahu menyokong parti yang baik dan berprinsip. Mereka mengambil pemberian 'Santa Klaus' kerana mereka tahu 'Santa Klaus' menggunakan duit rakyat untuk memancing undi mereka.

Menjelang hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pagi esok, 'Santa Klaus' Selangor mengumumkan peruntukan RM36 juta bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk keperluan rakyat di kawasan tersebut dalam tempoh dua minggu ini.

Antara projek yang akan dijalankan adalah melibatkan kemudahan awam seperti membaiki, menurap dan membesarkan jalan, membina longkang dan memasang lampu di jalan utama. (INI DAH JADI PROJEK RASMI MANA-MANA 'SANTA KLAUS' DI MALAYSIA BILA BERHADAPAN DENGAN PILIHANRAYA)

"Kesemua projek-projek itu akan dimulakan segera dan kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja itu juga telah dipilih," 'titah' 'Santa Klaus' dengan megah.

'Santa Klaus' itu menegaskan dalam majlis penyerahan hadiah dan habuan serta penyerahan surat kelulusan tanah kepada penduduk beberapa kampung di DUN Ijok di Kuala Selangor hari ini.

Maka berkatalah 'Santa Klaus' bahawa projek pembangunan itu bukan disebabkan kerana pilihanraya kecil seperti yang didakwa parti pembangkang, tetapi sebaliknya telah lama dirancang kerajan negeri.

"Parti pembangkang sebenarnya sudah tiada isu di Ijok hingga menuduh kita melaksanakan projek untuk memancing undi," 'titah' 'Santa Klaus' lagi.

Gambar Hiasan: Puteri Parti Santa Klaus

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59