Friday, 13 April 2007

'SANTA CLAUS' BERPINDAH DARI MACHAP KE IJOK



Setelah Pilihanraya Kecil Machap berakhir semalam, maka 'Santa Claus' BN telah mula mengemas barang-barang dan duit-duit untuk diberikan kepada pengundi Ijok bermula dari malam tadi.

Semua orang tahu pada setiap kali Pilihanraya maka berkeliaranlah 'Santa Claus' BN di kawasan pilihanraya tersebut bagi memberikan habuan kepada pengundi sebagai umpan supaya pengundi memangkah BN pada hari pengundian.

'Santa Claus' bukannya seorang tetapi jumlahnya ratusan malah mungkin mencecah ribuan. Duit-duit yang dipunyai oleh 'Santa Claus' ini tidak pernah susut dan habis. Kita pun naik hairan dari mana 'Santa Claus' memperolehi sebanyak itu.

Malah habuan yang diberikan oleh kumpulan 'Santa Claus' ini bukan sahaja berbentuk wang malah dalam bentuk projek, harta benda, janji dan sebagainya. Pendek kata hanya emak dan bapa sahaja yang 'Santa Claus' tidak boleh beri kepada pengundi.

'Santa Claus'-'Santa Claus' ini ada yang wanita, ada yang lelaki malah ada yang pondan. Mereka tidak segan-silu mengagihkan habuan-habuan tersebut walaupun ianya jelas bertentangan dengan undang-undang pilihanraya. Hal ini bukan kerana mereka ini maksum tiada dosa, tetapi mereka diberikan imuniti oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang telah diketahui umum sudah lama menjadi anggota komponen parti Barisan Nasional (BN).

Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Polis juga seolah-olah memejam mata apabila setiap laporan yang dibuat oleh pembangkang terhadap salah laku 'Santa Claus' ini dibakulsampahkan tanpa nesan. Ini kerana 'Santa Claus' -'Santa Claus' ini adalah terdiri dari pemimpin-pemimpin tertinggi negara, maka mereka seolah-olah tidak terikat dengan undang-undang.

Semasa kempen Pilihanraya Kecil Machap juga seperti biasa 'Santa Claus' ini menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk memancing undi. Ada 'Santa Claus' yang mengheret Timbalan Naib Canselor Universiti-universiti Awam untuk turut berkempen. Ada 'Santa Claus' yang menggunakan Felda untuk memikat peneroka di Hutan Perca dan lain-lain. 'Santa Claus' ini memang bergeliga otak mereka dalam menggunakan wang rakyat untuk mengekalkan kuasa mereka.

Semalam DAP telah mendedahkan bagaimana pengundi-pengundi Machap telah disogokkan dengan wang RM200 seorang oleh 'Santa Claus' dibeberapa tempat di Machap. Gambar-gambar pengundi-pengundi yang menerima wang sogokan dari 'Santa Claus' ini disiarkan oleh akhbar internet Malaysiakini. Namun gambar-gambar 'Santa Claus' tidak disiarkan mungkin tidak dapat diambil agaknya. Kita yakin 'Santa Claus' ini tidak akan diambil tindakan kerana negara ini adalah negara emak bapak 'Santa Claus'. Mereka bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka.

Kini kumpulan 'Santa Claus' sedang bergerak ke Ijok untuk mengagih-agihkan habuan kepada pengundi Ijok agar mereka mengundi BN. Ketua 'Santa Claus' yang kedua besar di negara kita sudah tentu akan sekali berkampung di Ijok sebagaimana yang dilakukannya di Machap.

JAGA-JAGA PENGUNDI IJOK JANGAN SAMPAI KAMU NANTI MASUK KE DALAM KOCEK 'SANTA CLAUS'. SEMALAM KETUA 'SANTA CLAUS' SELANGOR TELAH MELAWAT IJOK MERASMIKAN TAPAK MASJID UBUDIAH RANTAU PANJANG, IJOK. MACAM-MACAM JANJI AKAN DIBUAT NANTI OLEH 'SANTA CLAUS' INI WALAUPUN SEJAK PILIHANRAYA UMUM 2004 INILAH KALI PERTAMA BELIAU MENJEJAK KAKI KE IJOK.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59