Friday, 6 April 2007

PRK MACHAP : UMPAN PANCING SEMAKIN BESAR


50 peneroka Cina dapat lot tanah di kawasan Felda

MELAKA – 'Umpan' pancing di Machap semakin besar. Kali ini tanah menjadi umpan. Rakyat yang untung sudah tentu rakyat berbangsa Tionghua yang sememangnya lebih cerdik dan bijak untuk meminta sesuatu semasa kempen. Orang Melayu biasanya boleh diumpan dengan kain batik, beras, milo dan gula atau juga duit RM50. Tetapi orang Tionghua lebih bijak. Inilah senario politik di Malaysia, di mana BN tidak segan silu merasuah pengundi walaupun ianya bertentangan dengan undang-undang dan juga berlawanan dengan aspirasi Imam Al Hadhari. Tetapi semua itu tidak menjadi hal kerana Imam Al Hadhari sendiri merestuinya.

Media hari ini melaporkan bahawa Kerajaan negeri meluluskan permohonan lot tanah di kawasan Felda Bukit Bulat di sini untuk 50 peneroka berketurunan Cina.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (Muka tak malu) berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Felda berhubung perkara berkenaan dan dipersetujui oleh agensi itu.

“Sebelum ini kita telah beri kelulusan untuk permohonan 102 lot tanah bagi peneroka di kawasan berkenaan.

“Dahulu 50 peneroka ini tidak berminat, tetapi selepas dikemukakan permohonan baru, kita tiada halangan untuk luluskannya kerana mereka memang layak untuk menerimanya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam.

Menurut Mohd. Ali, kesemua peneroka tersebut akan menerima lot tanah secara berasingan, bagaimanapun kos membina rumah akan ditanggung sendiri oleh mereka.

“Ketika ini mereka tinggal di luar Felda berkenaan iaitu 27 orang di Machap Baru, 18 di Machap Umboo, satu di Bachang, Batu Enam dan Nyalas manakala dua lagi di kawasan lain,” katanya.

Sementara itu, kerajaan negeri juga bersetuju meluluskan kawasan tanah seluas 2,508 meter persegi di hadapan Tokong San Nui di Machap Baru di sini untuk dijadikan kawasan meletak kenderaan.

“Kita juga akan beri bantuan kewangan sebanyak RM7,000 untuk mereka, substesen Tenaga Nasional Berhad yang terletak berhampiran tokong itu juga akan ditambah kapasiti kuasanya supaya bekalan tenaga elektrik ke kawasan itu tidak terjejas,” kata beliau.

Pada masa yang sama kerajaan negeri, katanya, turut bersetuju menerima permohonan pelebaran beberapa kawasan kubur masyarakat Cina di Machap.

“Bagi Machap Umboo, kawasan kubur di sana akan ditambah seluas 2 hektar, Machap Baru seluas empat hektar manakala sebuah kawasan perkuburan masyarakat Hainan pula seluas 2.8 hektar,” ujar beliau.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59